Selamat Datang Ke Blog Zul Fauzi

Sebarang komen serta pandangan amat dialu-alukan. Terima kasih

Wednesday, June 29, 2011

Perpisahan yang memeritkan..

WAH....Tahniah cikgu sebab bakal melangsungkan perkahwinan 10 Julai ni. Semoga ikatan dijalin menambahkan kebahagiaan rumah tangga buat selamanya. Erm, aku sekadar melawan perasaan sendiri apabila mengucapkan ucapan tahniah itu. Iyela, aku pun baru saja melangsungkan perkahwinan pada cuti semester persekolahan baru - baru ini. Tetapi jiwa merasai nikmatnya perkahwinan makin tidak terasa di bumi Awat - Awat ni. Manakan tidak, isteri yang tercinta nun jauh di semenanjung. Tiada apa yang boleh dilakukan bersama seperti insan berkahwin yang lain.
Segala rutin harian diriku diwarnai dengan hidup sebagai seorang bujang, padahal aku sudah berkahwin. Beruntung sungguh la cikgu tu dapat kawin dengan orang yang dekat dengan tempat 'posting' nya. Nanti tiap - tiap minggu la balik rumah cikgu kan...aku nak balik tiap - tiap minggu...ermmm.........pikir 10 x pun blum tentu nak capai keputusan. Dah la jauh, nak beli tiket kapal terbang pun mahal sesangat.Besar sungguh dugaan yang aku trima ni..Sesekali air berombak kuat ke pinggiran di tebing muara Awat - Awat, tiap kali tulah aku teringat kenangan bersama isteriku..Masih ingat lagi sewaktu aku menunggu ketibaan isteriku dari semenanjung di airport Kota Kinabalu. Isteriku pada waktu itu mengambil cuti tambahan sempena hari pekerja pada bulan 5 yang lalu. Begitu juga denganku,hehe..Kami berjalan jauh semata-mata ingin berjumpa dan menerbitkan kembali rasa kasih dan sayang setelah sekian lama tak berjumpa. Sangat jauh. Aku dengan yakin kudrat yang ada, memecut laju motorsikal 110 wave rs ke kota kinabalu. Bayangkan kalu naik van ke kk mahu nye tiga jam,inikan pula motorsikal. Aku selamat sampai ke kk setelah 5 jam perjalanan. Dari pukul 1.30 petang sampaila 6.30 petang..
Senang bila ada kenderaan sendiri di kk. xpayah naik teksi yang memang gila-gila mahal. Naik motor baru romantik..Kenangan kami banyak di sana sampaikan terasa masa amat singkat berlalu. Tiba hari - hari terakhir di kk, aku ingin kembali ke lawas dan awat -awat. Walaupun begitu, cuti isteriku masih belum abes. Jadi terpaksala aku membawa isteriku kembali ke awat-awat dengan motor. Perjalanan kali ni terasa lama kerana banyak hentian yang disinggah. Ditambah ngan hujan lebat sepanjang perjalanan dari sempadan sabah/sarawak hingga ke lawas,betul-betul mencabar. Aku sangat menyanjung semangat isteriku mengikutiku dari belakang walaupun terpaksa mengharungi perjalanan jauh selama 8 jam..Aku ingin menunaikan hasrat isteriku yang mahu melihat bumi lawas dan awat-awat..
segalannya telah dilihat..aku dan isteri bermalam di hotel sekitar bandar lawas...Keesokannya,aku akan menemani isteriku kembali ke kk untuk balik ke semenanjung. Rasa sangat berat untuk melepaskan insan yang ku sayang..tapi apakan daya,setiap detik dan waktu tetap akan berlalu dengan pantas. tetapi untuk menunggu untuk perjumpaan yang seterusnya sangat lama dan memeritkan..Aku dan isteri ke kk dengan menaiki van sewa. Tibalah detik perpisahan aku bersama isteriku di terminal pelepasan..Ku genggam erat tangan isteriku dan kudakap berkali-kali sebagai tanda rindu yang amat sangat..sangat manis mendapat isteri yang baik dan setia tetapi sangat perit bila berpisah sedangkan ikatan halal sudah dibina.........

Dalam kerinduan ini...ku menatap gambar wajahmu di ruang kamar.
Rintihan asmara kau dan aku, kini tinggal hanya memori yang menghiris kalbu.
Duhai bayu, sampaikan salam pada dirinya,
Nyatakan betapa kini, perasaan rindu perlu kutelani..
Oh, mengapa..tangisan dalam kerinduan ini,
Menjadi kehidupanku tidak menentu,
Menangisi keperitan menunggu kehadiranmu lagi disisiku....