Selamat Datang Ke Blog Zul Fauzi

Sebarang komen serta pandangan amat dialu-alukan. Terima kasih

Sunday, November 21, 2010

9 Emas, mampukah Malaysia? : Apabila seorang Darwis mula berkata-kata...


Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China sudah pun melewati hari-hari terakhir. Termasuk hari ini, sudah 11 hari temasya sukan ini berlangsung. Sukan yang datang empat tahun sekali ini telah menggumpulkan jagoan-jagoan dari benua Asia yang turut beraksi cemerlang dalam sukan bertaraf dunia seperti sukan Olimpik dan Komanwel. Kuasa-kuasa besar dalam sukan di benua ini mula menunjukkan taring masing-masing dalam menguasai acara-acara sukan yang tidak mampu disayingi oleh negara-negara lain. Kontingen China sudah pun melepasi angka 100 emas yang membolehkan pasukan mereka menduduki tangga teratas daripada segi punggutan pingat. Ini di ikuti pula oleh kontingen Korea Selatan dan Jepun. Ketiga-tiga negara inilah yang sentiasa menguasai pentas Sukan Asia dari dahulu sehingga sekarang.

Saingan di peringkat Asia Tenggara pula membabitkan kontingen negara kita, Malaysia dengan negara-negara Asean yang lain. Seperti biasa, negara gajah putih iaitu Thailand berada di kedudukan pertama sekarang ini dengan 7 emas. Tidak hairanlah emas-emas ini datangnya daripada acara sepak takraw yang menunjukkan ego mereka dalam acara ini semakin menjadi-jadi. Lihat sahaja pasukan regu takraw negara kita yang bertungkus-lumus mengalahkan pasukan Korea Selatan tetapi akhirnya kecundang ditangan regu Thailand di peringkat akhir. Kontingen negara kita berada di tangga kedua dengan mencapai 5 emas, 8 perak dan 7 gangsa. Pencapaian yang amat memberangsangkan ditunjukkan oleh atlet-atlet negara.


                           Guangzhou 2010 Asian Games Medal Tally


Rank
Nation
Gold Asian Games Medal Tally
Silver Asian Games Medal Tally
Bronze Asian Games Medal Tally
Total
1
 China (CHN)
146
71
70
287
2
 South Korea (KOR)
55
46
61
162
3
 Japan (JPN)
30
53
62
145
4
 Iran (IRI)
10
8
14
32
5
 Hong Kong (HKG)
7
13
9
29
6
 Thailand (THA)
7
7
22
36
7
 Chinese Taipei (TPE)
6
8
29
43
8
 India (IND)
5
11
17
33
9
 North Korea (PRK)
5
8
12
25
10
 Malaysia (MAS)
5
8
7
20
11
 Kazakhstan (KAZ)
4
11
21
36
12
 Indonesia (INA)
4
6
10
20
13
 Singapore (SIN)
4
6
6
16
14
 Uzbekistan (UZB)
3
9
14
26
15
 Kuwait (KUW)
2
3
0
5
16
 Philippines (PHI)
2
2
8
12
17
 Pakistan (PAK)
1
2
1
4
18
 Jordan (JOR)
1
1
1
3
19
 Macau (MAC)
1
1
0
2
=20
 Bahrain (BRN)
1
0
1
2
=20
 Tajikistan (TJK)
1
0
1
2
22
 Vietnam (VIE)
0
11
11
22
23
 Myanmar (MYA)
0
5
1
6
24
 Mongolia (MGL)
0
2
6
8
25
 Kyrgyzstan (KGZ)
0
2
0
2
26
 Qatar (QAT)
0
1
3
4
27
 Lebanon (LIB)
0
1
2
3
28
 Afghanistan (AFG)
0
1
1
2
=29
 Bangladesh (BAN)
0
1
0
1
=29
 United Arab Emirates (UAE)
0
1
0
1
31
 Laos (LAO)
0
0
2
2
32
 Iraq (IRQ)
0
0
1
1
Total
300
301
391
992[1]


Pingat-pingat emas yang disumbangkan kepada negara ialah menerusi wusyu, lumba basikal trek, bowling dan squasy. Sayang sekali pasukan badminton kita gagal menghadiahkan walau sebutir emas walaupun dibarisi oleh pemain-pemain bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan beregu nombor 1 dunia, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Hiong. Mereka hanya memberikan 2 perak kerana terkandas di peringkat akhir kepada lawan masing-masing. Dengan kedudukan pasukan Malaysia di tangga 10 keseluruhan sukan Asia, mampukan ia meningkat ke kedudukan yang lebih baik. Sasaran Malaysia kali ini ialah mencapai angka 9 emas. Mampukah pasukan negara kita mencapai atau mengatasi angka tersebut dalam 5 hari terakhir sukan ini dilangsungkan.

InsyaAllah...dengan doa rakyat Malaysia di sini, kontingen negara kita mampu mencapai 9 emas seperti yang dijanjikan oleh Majlis Sukan Malaysia. Kita mengharapkan acara-acara seperti olahraga, karate, taekwando, squasy beregu, lumba basikal dan bowling mampu menuai pingat khususnya emas yang ditunggu-tunggu....MALAYSIA BOLEH!!!!!





           



            













No comments:

Post a Comment