Selamat Datang Ke Blog Zul Fauzi

Sebarang komen serta pandangan amat dialu-alukan. Terima kasih

Wednesday, January 26, 2011

Tinjauan di Chalet Kuala Gula sebelum pesta pancing-memancing bermula..

Jumaat ni, 28 Januari 2011 sehingga petang keesokannya pasti bingit kawasan chalet di Kuala Gula ni sebab saya bersama family akan melakukan aktiviti memancing yang kali terakhir dilakukan ialah pada 3 tahun lepas. Lama sangat la tak gi mancing kat sini. Banyak sangat yang berubah dari segi bilangan chalet, restoran dan kemudahan lain yang disediakan. Jika dulu, hanya enam buah chalet saja, selepas empunya kawasan ini membuat sedikit renovation, so bertambah la lagi lima buah chalet yang turut dibina di tepi tebing Sungai Gula ni. Erm, restoran yang terdapat di sini juga sangat strategik kerana ia betul-betul berada di antara chalet-chalet .Ala, macam pusat  yang  menghubungkan chalet-chalet yang berada di sebelah kanan dan kiri. Terdapat juga kemudahan seperti dewan, surau dan jeti untuk pelancong yang ingin melihat pemandangan sekitar Kuala Gula dengan menaiki bot.
Jeti yang disediakan oleh pihak chalet

Nelayan sedang menangkap ikan di muara sungai

Seperti yang Darwis katakan sebelum ni, kesemua chalet di sini dibina betul-betul di tebing Sungai Gula secara memanjang. Jadi memang sesuai sangat la bagi kaki-kaki pancing cam saya ni nak memancing di sini. Memang sangat sesuai dan selesa la kat sini sebab kawasan chalet ni juga menghadap muara sungai yang bersambung dengan Selat Melaka. So, jika ada rezeki, kaki pancing leh tersenyum lebar kalau yang ditangkap tersebut merupakan ikan sungai seperti siakap, belida dan duri atau ikan laut seperti sembilang ke, paus ke...ops, terlebey lak Darwis ni.
Salah satu sudut restoran
Pemandangan hutan bakau di muara Sungai Gula


Bercakap tentang nama Kuala Gula ni, mesti para sahabat di luar negeri Perak ni tertanya-tanya kan kenapa gula yang manis tu dapat nama di tempat ni. Tanah di sini rasanya manis ke? Tak kan sampai tahap gitu..hehe..Sebenarnya, nama Kuala Gula ni diambil kerana di awal 1920-an dulu, tebu banyak ditanam oleh penduduk kampung semasa pemerintahan British. Tebu kan manis, jadilah Kuala Gula. Kalau Kuala Tebu, cam tak brapa sedap la pulak nye.
Office pengusaha chalet
Chalet dari pandangan hadapan

Kuala Gula ni bukan nya sekadar mempunyai hutan bakau yang berkualiti dan kawasan penangkapan ikan semata-mata, tetapi ia turut menempatkan kawasan perlindungan burung yang bermigrasi di seluruh dunia. Jadi, tidak hairanla ia telah menarik ribuan pelancong setiap tahun untuk melihat burung-burung yang beraneka spesis mendarat di sini. Darwis turut tumpang gembira la dengan keunikan dan tarikan Kuala Gula yang menjadi kebanggaan warga daerah Kerian, Perak.

Cuba perhati..ada burung la bertenggek kat tunggul kayu tu =)

Tak sabar rasanya saya nak gi memancing hari Jumaat ni. Jadi lepas ni saya akan post lak pengalaman saya dan family di chalet Kuala Gula ni pada minggu depan...Wassalam...

Monday, January 24, 2011

Makan malam di Taiping, Kota Warisan

"Ei, apa yang kesedapan. Cepat la tuan director dah panggil." Itulah di antara dialog yang disebut oleh Allahyarham Tan Sri Pri Ramlee dalam cerita Seniman Bujang Lapok sebelum membuat screen test menjadi pelakon. Berbual tentang sedap ni kawan-kawan, saya berpeluang pergi ke salah sebuah restoran bumiputera yang terletak di Taiping. Restoran ini bertemakan masakan bergoreng yang sangat diminati oleh ramai pengunjung sama ada di dalam atau di luar Taiping. Sajian yang paling istimewa di sini ialah koteaw goreng. Jadi tak hairanla restoran ini dinamakan Koteaw Goreng Doli. Sekali dalam sebulan mesti ayah Darwis akan mengajak kami sekeluarga untuk menikmati sepinggan koteaw goreng di restoran ini. Lihatlah, betapa kuatnya aura sajian makanan di sini sehinggakan pengunjung dari luar Taiping pun datang ke sini. Bagi Darwis, biarlah jauh asalkan dapat mengejar kepuasan yang diinginkan.

Nama restoran ini terpampang di cermin hadapan mengadap jalan

Kaunter hadapan
Perjalanan dari Bagan Serai ke Restoran Doli ini mengambil masa selama 45 minit. Mungkin anda fikir agak jauh kan. Tapi, sebenarnya bukan jarak yang membuatkan ia jauh tapi disebabkan deretan lampu isyarat semasa memasuki pekan Taiping. Yela, bandar yang bakal mencecah 200 ribu orang penduduk ini, telah dipenuhi oleh mall-mall membeli belah yang rancak dibangunkan. Hebat gak Kota Warisan ni yang dulunya pernah dicalonkan untuk menjadi ibu negara semasa pemerintahan British.


Baiklah, jika anda berkesempatan datang ke Taiping, anda boleh mencuba makanan di restoran ini yang terletak bertentangan dengan Klinik Kesihatan Daerah Larut & Matang. Kalau la anda baru je lepas tengok haiwan di Zoo Taiping atau bersantai di Lake Garden boleh la datang ke restoran ini untuk mencuba koteaw gorengnya yang memang ada umph tau. Bukan takat koteaw goreng je, anda boleh gak mencuba nasi ayam, mee rebus, dan masakan bersup. Saya pernah mencuba nasi ayam di sini dan ternyata memang sangat marvellous kesedapannye..hehe...Kalau rasa, memang tak boleh bo'ong tau.


Pintu buka tutup
Walaupun, harga makanan di sini agak mahal bagi student cm Darwis, tapi ia cukup berpatutan dengan servis nye yang mantap dan cepat, ada econ dan tak lupa pintu restoran Doli ini boleh buka tutup secara automatik. Memang padanla dengan harganya kan. Cukup berjaya tokey restoran ni kerana mampu menyediakan sebuah 'design' restoran bertaraf 5 bintang dengan hiasan dalaman dan luaran yang cukup mempesonakan. Ada satu gambar yang menunjukkan restoran ini dulunya hanya sebuah gerai kecil tepi kaki lima tetapi telah maju menjadi ikon terpenting di kawasan Taiping ini.

Ni die wajah gerai Doli pada masa dulu

Abes dah koteaw gorang special 'dikerjakan' oleh Darwis
Nasi ayam yang di pesan oleh adik pun licin gak
KSP = Koteaw goreng special, NA = Nasi Ayam, K = Koteaw biasa
Semalam first time Darwis cuba koteaw goreng special yang berharga RM9.00 sepinggan. Memang la mahal,tapi koteaw die punyala tinggi di tambah dengan udang dan kerang yang menutupi hampir keseluruhan koteaw di bawahnya. Cukup banyak dan amat menyelerakan..huhu..Kalau anda tak larat nak abiskan yang ni atau myb kekurangan duit, boleh la order koteaw goreng biasa yang berharga RM 4.00 sepinggan. Rasanya tetap sama cuma kandungan je yang berbeza. Hampir keseluruhan harga makanan di sini sekitar RM 4.00 ke RM 5.00. Cume koteaw special je yang up sampai RM 9.00. Selalunya bila kami sekeluarga ke sini, hanya dua jenis hidangan je yang kami order iaitu koteaw goreng dan nasi ayam. Memang tak lengkap pegi Taiping tak singgah ke Restoran Koteaw Goreng Doli ni..ternyata memang kesedapan....Wassalam =)

Wednesday, January 12, 2011

Sulaman Kasih Pengikat Jiwa: Kau Yang Teristimewa ( Bhgn 4 )

Hanya selepas 2 bulan aku dan rakan-rakanku berlatih di dalam dewan kampus, kami pun bersiap sedia untuk membuat raptai penuh di dalam stadium utama di Sungai Petani. Perjalanan mengambil masa dekat setengah jam gak la dari taman. Setiap hari selama dua minggu ini, jadual harianku menjadi amat sibuk kerana setiap petang aku perlu bertolak ke stadium dengan menaiki bas bersama rakan-rakan yang lain. Aku ni dah la cepat berpeluh, jalan sikit dah berair badan. Bukannya dekat jarak dari rumah ke tempat tunggu bas di depan taman. Jika dulu, aku dan rakan-rakanku selalu sangat la tidur petang lepas balik dari kuliah, tapi sekarang ni tak boleh dah. Mau nya kena herdik ngan coach nanti sebab lambat. Banyak gak kawan-kawanku yang agak 'liat' ke stadium diberi peringatan hingga keluar surat amaran. Nasib baik la aku tak kena, hampir-hampir kena ada la skali dua..hehe..
" Aduh, panasnye cuaca hari ni Farid," aku mengeluh.
" Ala ko ni Reez, sabar la,nanti bila dah naik bas,sejuk la," Farid cuba memujuk.
" Memang la sejuk, tapi salu je dapat bas yang tak de econ. Tak aci la asyik budak perempuan je dapat duduk," runggutku.
" Tenaga perempuan ngan laki lain Reez, tengok la masa kita buat latihan kelmarin, ada je budak perempuan yang pengsan. Jadi, kita kene la bagi ruang dekat diorang lebih ckit."
" Yela, aku faham. Mungkin sebab aku ni selalu sangat berpeluh tu yang buatkan aku ni sering merungut.
" Oit, baru panas dunia. tudia, hang mandi ka Reez..hehe," Asyraf mencelah.
" Ish,ish ko ni Asyraf, salamnye tidak, pastu mengata lak kt kawan kite ni ha."
" Ops, sori Farid..Assalamualaikum kawan-kawan, maafla Reez, aku gurau je tadi," Asyraf cuba memujuk
" Waalaikumsalam..( Aku dan Farid menjawab ).
" Macam ni la aku Asyraf, senang sangat peluh. Lain la cam korang.
" Tak pe Reez, peluh tu ada banyak kebaikan. Badan ko jadi sihat. Lagi pun, kite kan setiap petang main futsal. Mesti lepas ni ko leh slim," kata Farid
" Yeke, trima kasih la atas nasihat ko Farid, aku memang nak slim. Nak buang lemak-lemak di badan ni yang dah lame terkumpul.
" Good Rezz, aku sokong," jawab Asyraf.
Aku lantas bangun sebentar untuk menjenguk bas yang mana satu bakal aku naik sebentar lagi. Nampaknya dua buah bas telah sampai. Bas yang pertama bas lama yang xde econ. Bas kedua tu la yang aku tengah tunggu-tunggu. Bas berwarna biru yang luas ngan econ die yang sejuk, sungguh selesa. Aku, Farid dan Asyraf cuba melengah-lengahkan pergerakan kami supaya dapat naik bas biru tersebut.
" Banyak nye props yang nak kena bwak ni, dah la berat," runggut Asyraf.
" Tak pe, hari-hari ko angkat benda-benda ni leh jadi tough ooo..hehe," usikku
" Betul-betul. Ko ni kene bagi tough ckit, makin kurus aku tengok." jawab Farid
Pada masa yang sama, aku sempat melihat sekumpulan rakan-rakan perempuan kelasku berlari anak untuk menaiki bas. Dicelah-celahnya, aku melihat kelibat Arisya yang berbaju pink muda berlengan panjang.
" Ayu sungguh Arisa hari ni," puji diriku. Cahaya mentari petang menambahkan lagi seri Arisa yang seakan-akan memantulkan keayuannya kepadaku. " Yes, Arisa naik bas biru, jadi aku berpeluang la melihat dia bila masuk nanti."
" Wei Reez, jom la cepat naik bas. Aku nak duduk, tak mau berdiri." jerit Asyraf. Nyata, Asyraf terlebih dulu berjalan untuk mendapatkan bas.
" Bukan main lama ko pandang si Arisya tu. Ade makne ke Reez, hehe.." Farid mengusik.
" Ala, aku cuma pandang je, bukan ade pe pun. Dia kan cantik, aku ni berisi. Layak ke aku."
" Ala, kalau dah nama cinta, rupa paras bukan lagi ukuran Reez. Ko kene cepat amek hati dia, nanti melepas kang, menyesal." Farid cuba meyakinkan aku.
" Aku memang suka kat Arisa, cuma masih takut nak luahkan isi hati aku kat die Farid."
" Ok camni la, aku kan ketua kelas. Aku ada semua nombor telefon budak kelas kita. Nanti aku bagi nombor telefon Arisa kat ko. Cuba la mesej die. Ko luahkan isi hati kat die, mungkin cara ni lebih yakinkan diri ko, Reez. Tapi jangan lupa perkenalkan diri dulu, nanti die kata orang gila lak..hehe.."
" Ok la, jom naik bas cepat," aku seolah-olah memberhentikan percakapan Farid.
" Ok, jom. Sampai hati Asyraf tinggalkan kite..huhu..
Kakiku terus melangkah untuk mencari tempat duduk di dalam bas. Sambil aku melepasi tempat duduk di hadapan, Arisya memandangku dan aku juga terus memandangnya sambil tersenyum. Arisa membalas senyumanku dengan manis sekali. Makin sejuk la badanku bila Arisa memberi satu layanan yang istimewa kepadaku walaupun sekadar senyuman. Badanku yang tadinya basah, kembali kering setelah menerima dua keadaan yang cukup menyenangkan. Sejuk kerana balasan senyuman Arisa dan sejuk kerana econ bas. Dapat jugak la aku dan Farid duduk walaupun di tempat duduk belakang. Bas mula bergerak laju meninggalkan taman untuk ke stadium. Aku lantas menyandarkan kepala di tempat duduk dan kembali mengingati semula saat-saatku membalas senyuman tadi. Indahnya dunia..aku tertidur..

Amek la, saya bagi bunga kat awak. Suka tak?

" Reez,Reez, bangun. Kita dah sampai ni. Cepat, kite pegi letak barang dulu, pastu terus gi solat. Dah pukul 5.00 ni." kata Farid
" Ok, jom la," aku masih terasa  mamai  seakan pening-pening lalat selepas bangun dari tidur.
" Mana lak Asyraf? Tak de pun."
" Die nak gi tandas. Sebab tu nak gerak cepat."
" Tak abis-abis la die ni. Tandas tu dah macam rumah kedua die lak. Kerap sangat gi nye."

Selesai solat, aku, Farid dan Asyraf bergegas ke stadium untuk memulakan raptai penuh yang pertama. Aku kembali terpisah daripada rakan-rakanku tadi dan mula bersama Azlan. " Cepat gak si Azlan ni amek tempat duduk dia," bisik hatiku. Assalamualaikum Azlan..." Waalaikumussalam..," Azlan menjawab.
" Awal ko duduk ye, tak bosan ke duduk sorang-sorang dari tadi? tanyaku
" Aku tak suka sangat amek tempat lambat-lambat. Nanti terpaksa berebut-rebut nak duduk. Lagi pun, aku dah selesa dok sorang-sorang sini. Boleh tengok orang dok praktis pancaragam kat atas padang." ulas Lan.
" Mungkin die ni minat band kot. Sebab tu datang awal." bisikku.
Jam di tangan sudah pun menunjukkan pukul 5.30 petang. Sudah ramai peserta sorak sepertiku sudah sibuk mengambil tempat duduk masing-masing. Aku juga sempat melihat Arisa yang melangkah kecil ke tempat duduknya di belakangku. Jantungku kembali berdegup kencang. Arisa mungkin sedang memandangku dari atas. Aku cuba membuat sibuk dengan mengambil alatan persembahan dari dalam beg. Kemudian, aku dapat mendengar Arisa berbual dengan rakan-rakanya. Aku sempat mencuri perbualan Arisa. Pada waktu rehat nanti, dia dan kawan-kawanya ingin pergi ke gerai-gerai di tepi stadium untuk membeli makanan.
" Mungkin saja Arisa lapa sekarang. Dia tak sempat nak makan kot tadi," aku cuba memberi andaian.
Aku pun kena ajak Farid dan Asyraf pegi kat gerai-gerai tu masa rehat nanti. Boleh la aku berjumpa ngan Arisya..hehe..
Tiba-tiba rakan perempuan yang duduk di tempat duduk kiri memanggilku. " Reez, hang dah ready ka ngan kayu bendera tu. Tak nampak hang pegang pun." dia cuba mengingatkan aku.
Dania namanya. Die ni orang Penang sebab cakap stail loghat utara.
" Ok,ok..aku nak amek leni. Terima kasih ingatkan aku."
" Aku tau Reez, hang suka kat Arisya kan.hehe. Bukan main lagi hang dok tenung dia masa kita wat latihan kat dewan dulu," Dania mengusik.
" Eh, mane adela. Aku pandang kawan aku le," aku mencari helah.
" Kawan ke marka.hehe..tak la, aku ngusik je."
Malu aku dibuatnya sebab Dania pun tau aku asyik tengok Arisa. Pandai gak budak ni wat gosip aku ngan Arisya. Mungkin satu kelas dah tau ni. Tak mungkin kot...
" Assalamualaikum dan selamat petang semua. Kita akan mulakan raptai ni sekarang. Muzik please..." jurulatih bersuara.

" Ok semua, kita stop dulu latihan dan kamu boleh pegi rehat. Ingat, pukul 8.00 nanti masuk balik."
" Ok coach!! Kami semua bertempik.
" Aku kembali mendapatkan Farid dan Asyraf untuk sama-sama menunaikan solat maghrib di surau dekat tingkat bawah.
" Farid, Asyraf, jom cepat-cepat gi solat. Dah masuk waktu ni," ajakku.
" Beres Reez. Jom, lagi cepat lagi bagus," jawab Farid
" Wei, lepas solat nanti, kita gi beli makanan jap dekat gerai depan stadium. Murah ckit kat situ. Makan kat medan mahal la. Air kosong pun kena charge 20 sen," aku cuba meyakinkan Farid dan Asyraf.
" Ok gak tu. Lagi pun, aku nak sangat pekena mee sup kat situ. Ramai kawan kita cakap makanan bersup kat situ sedap-sedap. Pak Mat Mee Sup kot nama gerai tu," sokong Asyraf.
" Yes, leh la aku jumpa Arisa," bisik hatiku.
" Nak borong ke, nak makan ke, kita gi solat dulu. Jom, nanti lewat lak," jawab Farid dengan tegas.
" Baik ustaz!!!"

Setelah selesai solat, kami bertiga bergegas ke gerai-gerai untuk membeli makanan. Sambil- sambil aku menjeling-jeling di sekitar kawasan tersebut untuk mencari kelibat Arisya. Tak nampak pun Arisa di sini. Aku cuba memberi alasan kepada Farid dan Asyraf untuk bersendirian sebentar dengan alasan untuk mencari air kelapa.
" Korang berdua duduk la dulu kat sini tunggu pesanan mee sup. Aku nak cari air kelapa dekat gerai hujung sana."
" Kat sini hang kena panggil ayaq nyoq, bukan air kelapa. ingat tu," usik Asyraf.
" Ade-ade saje la ko ni. Biar la dia cakap pe pun. Air kelapa pun orang Kedah paham pe," jawab Farid.
" Aku kata air coconut la..hehe. Aku gi dulu."
Mana la Arisa ni. Kata tadi nak gi gerai beli makanan. Tapi tak de pun. Hampanya hati ini tak bertemu Arisya. Setelah puas aku mengelilingi kesemua gerai, aku yakin Arisa tidak ada di sini. Sekarang dah pukul 7.45 malam. Aku kena kembali ke gerai mee sup tadi. Lagi 15 minit, aku kene masuk dalam stadium balik. Arisya tak dapat jumpa, dapat beli air kelapa pun jadila..
Pak cik,air kopi cinta ada x?

" Aik, mane Farid dan Asyraf ni? Tak de pun kat gerai ni." aku agak cemas.
" Wei Reez, kami dah ada kat pintu stadium ni. Jom tengok persembahan padang jap," kata Farid.
" Ok, aku datang ni."
Aku, Farid dan Asyraf duduk sebentar di depan stadium untuk menyaksikan persembahan padang yang melibatkan nyanyian dan tarian. Sambil asyik melihat, tiba-tiba Farid memanggil aku.
" Reez, tu Arisa macam dok pandang kat ko tu."
" Yeke, ala, aku nak gi ke kat die Farid? tanyaku.
" Ko gi jela, mungkin die nak cakap something kat ko. Pegi jela," Farid mendesak.
" Ok la Farid. Aku gi leni," aku teragak-agak pergi ke arah Arisa.
Sambil Arisa meminta kawan-kawannya menunggu, Arisa bertanya, " Reez cari saya ye tadi. Sorila Reez, saye pegi awal tadi. Reez mungkin lambat ckit," Arisa menjawab lembut.
" Tak pe Arisa. Reez memang nak cari Arisa tadi. Akhirnya kita jumpa gak kat sini."
" Reez lapar tak. Arisa tak abes makan nuget ni, amek la. Ikhlas saya bagi."
" Tak pela Arisa, Reez dah kenyang la makan tadi."
" Arisya tau, Reez mesti tak makan lagi sebab asyik dok cari saye tadi kan.. Amek la Reez."
" Ok, saye amik Arisa. Mungkin lain kali Reez lak blanja Arisya." Aku cuba membalas budi Arisa.
" Tak pe Reez, saya ikhlas bagi ni. Ok la, dah nak start latihan ni. Arisa gi dulu ye. Assalamualaikum..
" Waalaikumssalam..," aku menjawab pendek.
Ternyata Arisa juga mengambil berat kepada diriku. Mungkin aku selepas ini perlu menjadi lebih berani untuk berbual dengannya supaya aku pun dapat mengambil berat tentang keadaan dirinya. Begitu bermakna sekali pemberian Arisa kepadaku walaupun hanya beberapa ketul nuget ayam. Walaupun kelihatan agak sedikit tetapi aku sudah berasa kenyang dengan keprihatinan Arisa kepadaku. Kata-katanya amat memukau diriku dan terlalu indah bagiku untuk mentafsir. Aku tahu kekurangan yang ada pada diriku sekarang tapi itu tak bermakna aku perlu mengalah. Arisa sudah memberi sesuatu kepadaku dan inilah masanya aku perlu membalasnya. Aku perlu membalas cintaku kepadanya...
" Reez, dah le tu. Jom kita amek tempat duduk cepat. Raptai nak mula dah," kata Asyraf.
" Ok, jomla". Aku berjalan sambil memegang kemas bungkusan nuget ayam tersebut. Aku akan makan selepas latihan tamat.....................bersambung..............

Saturday, January 8, 2011

Yang mana lebih berkualiti; filem Malaysia atau filem dari luar?

Assalamualaikum semua...Hari ini Darwis ingin berkongsi dengan para pembaca tentang perkembangan terkini industri perfileman kita jika dibandingkan dengan luar negara. Darwis bukanlah seorang pengkritik filem yang terkenal cuma ingin memberi pandangan yang mungkin betul bagi saya tapi tidak bagi anda. Ini cumalah pendapat saya sahaja tapi jika ada kesilapan yang mungkin menyinggung perasaan pembaca, harap maaf.

Acap kali Darwis tonton sedutan filem atau 'thriller' tentang lambakan cerita di panggung berkonsepkan paranormal atau lebih senang cerita hantu di Malaysia. Itulah modal 'kebanyakan' pengarah-pengarah di negara kita sekarang yang berlumba-lumba menerbitkan cerita-cerita seram mengalahkan cerita seram Siam dan Indonesia. Jika diimbas kembali, waktu saya masih bersekolah pada tahun 2003, kemunculan cerita seram dari negara luar terutama dari Korea dan Siam begitu ketara ditayangkan sama ada di panggung dan televisyen. Pada masa tu Darwis takut-takut gak nak tengok sebab memang seram sampai boleh teringat-ingat 2 atau 3 hari.

Cite hantu..
Itu semua dulu..Tapi sekarang, cerita-cerita seram dari luar sudah kurang ditayangkan kerana Malaysia sendiri telah berjaya mengangkat cerita seramnya sendiri sehinggalah sekarang. Saya masih lagi teringat filem-filem ini yang mewarnai industri perfileman negara bermula tahun 2000 sehinggalah sekarang. Antaranya ialah Puaka Tebing Biru, Pontianak Harum Sundal Malam, Jangan Pandang Belakang, Gong, Jangan Tegur dan macam-macam lagi. Tak dinafikan setiap perkataan bagi setiap tajuk filem tersebut mempunyai unsur mistik yang tersendiri mengikut tema yang telah ditetapkan. Mula-mula dulu, Darwis agak aktif mengikut perkembangan cerita-cerita seram ni, tapi sekarang tidak lagi kerana saya inginkan sesuatu cerita yang boleh memotivasikan diri melalui matlamat yang cuba disampaikan dalam cerita tersebut.
Cite antu ag...

Puaka = Jembalang = Lembaga

Saya amat kagum seorang pengarah tempatan yang sangat berani menampilkan filem-filem berunsur keMalaysian. Itulah dia Mamat Khalid. Tema-tema yang ingin disampaikan dalam filem beliau amat bertepatan dengan norma kehidupan di Malaysia. Lihat sahaja filem-filem seperti Puteri Gunung Ledang, Man Laksa dan Estet. Filem Estet umpamanya mampu menjulang nama Khalid di persada seni negara tetapi akibat keputusan yang agak kontroversi dalam FFM 23 baru-baru ini, filem ini tidak menerima sebarang anugerah berprestij tanah air itu. Hal ini menyebabkan sambutan terhadap filem ini kurang laris berbanding filem-filem lain. Erm, tak pela, harap-harap semua spekulasi ni cepat-cepatla selesai ye. Terdapat juga filem-filem beliau yang berbaur sindiran seperti Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Ternyata walaupun tajuk filem-filem seperti lagaknya seram, tapi sebenarnya penuh dengan komedi dan sindiran yang terasa sampai ke tulang hitam. Beliau sebenarnya ingin menyampaikan situasi sebenar masyarakat kita sekarang yang agak terkongkong dengan perkara-perkara tahayul dan misteri walaupun zaman sudah melangkau ke usia milenium. Aduhai...

Cite berunsurkan 1 Malaysia...
Cite Zombie paling lawak!!





















Walaubagaimanapun, Darwis bukanlah ingin memuji bak melangit pada Mamat Khalid. Cuma idea-idea yang ingin beliau sampaikan sememangnya mampu membawa perubahan minda kepada para penonton yang sudah bijak membuat keputusan. Anda pula bagaimana? Kita juga mempunyai barisan pengarah yang berwibawa seperti Allahyarham Yasmin Ahmad, Ahmad Idham, David Teo, Aziz M. Osman dan pengarah muda yang tumbuh bak cendawan seperti Syamsul Yusuf, Pierre Andre, Yusri KRU dan macam-macam lagi. Darwis layan gak cerita-cerita seperti Cicak Man dan Evolusi KL Drift. Maklumla, saya ni memang peminat cerita berunsurkan manusia luar biasa dan automotif. Jadi bila tengok manusia yang leh terbang-terbang dan kuasa melawan yang hebat dan menakjubkan memang layan abes..hehe... Camtu gak la bila cerita berunsurkan automatif yang menampilkan deretan kereta-kereta berkuasa tinggi. Memang marvellous!!

Tapi sebenarnya, Darwis ingin melihat lagi pengarah-pengarah di Malaysia menerbitkan filem-filem yang berunsur patriotisme seperti filem Sarjan Hassan, Bukit Kepong dan Leftenan Adnan. Cuma kali ini biarlah jalan ceritanya setaraf dengan filem hollywood seperti Saving Private Ryan atau Pearl Harbour. Darwis tidah pernah jemu melihat filem-filem ini terutamanya Saving Private Ryan kerana babak-babak askar Amerika yang diserang dengan askar Jerman Nazi begitu sengit sekali terutamanya semasa tentera amfibia Amerika mendarat di pantai Normandy. Aksi-aksi yang ditampilkan begitu 'real' dan menyayat hati seperti saya sendiri berada di situ. Tidak hairanlah watak utama yang di dukung oleh Tom Hanks ini telah diangkat sebagai pemenang anugerah grammy terbaik tahun itu. Tengok, cerita yang bukan seram pun boleh mencipta nama box-office dan mengaut untung beratus juta ringgit. Walaupun, bajet untuk menerbitkan filem-filem ini memang banyak dan mahal, tapi biarlah ia menimbulkan kesedaran kepada penonton dalam menghayati perit dan payahnya pejuang-pejuang negara pada zaman perang dan darurat dahulu. Filem-filem seperti Sarjan Hassan dan Bukit Kepong belum cukup untuk menilai perjuangan mereka ini. Pastinya ia juga mampu memotivasikan kita yang menontonnya supaya lebih berusaha memajukan diri bagi menyumbang sesuatu kepada negara. Sebenarnya semangat yang kita perlukan. Sejarah memperlihatkan kita bagaimana negara Jepun yang hampir musnah akibat pengeboman bom atom telah bangkit dengan mendadak menguasai ekonomi dunia pada masa kini sehingga negara kita tidak mampu bersaing sebagai negara membangun.

10 Stars tuk cite ni..
Cite ni pun besh..


Jadi di sini jelaslah mana yang patut kita ikut dan yang mana tidak. Bagi penggemar filem seram, Darwis tidak menyalahkan anda semua. Kesedaran yang ingin disampaikan dalam setiap filem tersebut masih ada seperti kembali mendekati Allah s.w.t, jangan meminta pertolongan benda-benda berunsur khurafat dan sebagainya. Tapi sebenarnya ingatlah bermacam-macam cabang cerita boleh disampaikan. Janganlah tahu mengaut untung untuk mengandakan  genre filem tersebut sehingga tidak mencuba kelainan yang mungkin lebih membuka minda para penonton. InsyaAllah, satu hari nanti nak tengok pengarah kita terbit filem cam Avatar..besh sangat cite tu..hehe..Wassalam...

Thursday, January 6, 2011

Sulaman Kasih Pengikat Jiwa:Kau Yang Teristimewa (Bahagian 3)

Ya Allah!! Aku tertidur rupanya. Perutku sudah mula mengalunkan irama keroncong kerana menahan lapar. Aku melihat jam di handsetku yang menandakan sudah pukul 11.30 malam. "Aduh..pintu pagar  mesti dah lame tutup nih. Dah la jaga misai tu in charge malam ni ", keluh hatiku. Pak guard misai tu memang terkenal dengan ketegasannya yang tak makan saman. Asal student lewat balik walau satu minit, memang tak dibenarkan masuk. Macam tu jugak la kalau ada yang ingin keluar. Mesti dapatkan kebenaran warden terlebih dahulu walaupun emergency case. Tu la padahnya kalau angan berlebih-lebih sampai makan diri. Aku lantas membuka kembali kunci bilik dan segera ke bilik Farid di tingkat bawah. "Tok..tok...tok.. Assalamualaikum Farid". Waalaikumsalam, masukla. Oh, ko ke Reez, nape ni datang bilik aku dengan muka monyok je?
"Aku lapa la Farid. Tadi aku tertidur lepas solat maghrib. Bila aku bangun, tengok-tengok dah pukul 11.30".
" Tau dah hang ni tidoq mati. Tadi kami berdua dok ketuk bilik hang, tapi tak bukak pun", Asyraf tiba-tiba mencelah dengan loghat utaranya.
" Sebelum tidur tadi, aku pasang vcd lagu yang aku beli petang tadi. Tu yang tak sedar lansung korang ketuk bilik aku. Aku cuba mencari alasan.
" Orang dok tengah angau bercintun, mana la nak perasan kita..hehe," ejek Asyraf
" Ish, ko no Asyraf, orang tengah dok susah hati sebab lapa, ko leh melawak lak."
" Ops, sori ye Reez, aku gurau je tadi".
" Tak pela, memang salah aku pun. Aku yang tak kisahkan korang sampai kunci pintu. Maaf ye kawan.."
" Kami ok je. Ni aku dah siap belikan ko nasi goreng pataya masa kami makan dekat medan tadi. Aku tau ko mesti lapar nye skrang.
" Terima kasih la Farid, ingat gak ko kat aku ye. Aku memang lapa betul ni. Brapa ringgit nasi ni, aku bayar balik".
" Tak pe, aku blanja ko malam ni sebab aritu ko dah blanja aku nasi lemak kan. Kali ni turn aku lak blanja ko."
" Wei, kat aku tak dak ka Farid? tanya Asyraf
" Ko jangan nak merepek, bukan tadi ko dah santap sampai dua pinggan nasi goreng ke kat medan. Nanti pecah perut tu kang.
" Ok boss, saya menurut perintah. Ok la, aku minta diri dulu. Nak call mak aku jap."
" Mak pe nye kol 12.00 dah ni. Tak de maknenye, mesti nak call marka hang tu la, jawabku".
"Hehe...bye, esok tolong kejut aku tau.
" Ok la Farid, aku nak g makan jap. Terima kasih sekali lagi for this nasi goreng."
"Ok, ur welcome, jawab Farid dengan ringkas.
Sudah lewat nampaknya untuk aku makan. Tapi disebabkan kelaparan, aku terus menghabiskan nasi goreng pattaya yang diberikan oleh Farid. Habis licin dibuatnya. Bila diingatkan kembali peristiwa tadi, terus aku ketawa kecil kerana kuasa cinta ku ini telah mengaburi perkara-perkara lain termasuk kawan-kawanku sendiri. Selepas ini, aku perlu lebih berhati-hati untuk menbahagikan masaku bersama rakan-rakan dan juga Arissa walaupun ia sekadar bayangan perasaanku sahaja. " Arissa, apa yang tengah dia buat sekarang..adakah dia juga sepertiku. Sering kali mengingati wajah yang telah mula mencuri hati lantas menerbitkan perasaan cinta dan rindu yang mekar mengisi setiap penjuru kehidupan di sini.
Selesai makan, aku terus memberus gigi dan mengambil wuduk sebelum tidur. " Macam mana la badan tak naik. Makan lewat-lewat, pastu terus tido," runggut diriku.

Jangan tiru aksi ini bersama pasangan anda
Minggu depan, kumpulan kuilah kami yang terdiri daripada kelas Bahasa Arab, Sains dan Matematik telah dipilih sebagai pasukan sorak sempena Sukan Malaysia di Stadium Darulaman, Kedah. Pastinya bermula minggu itu sehinggalah di kemuncak acara kira-kira tiga bulan dari sekarang akan diisi dengan segala bentuk latihan yang sangat padat. Latihan diadakan di dalam dewan kuliah yang sangat selesa. Semasa sesi latihan, kedudukan setiap pelajar telah ditetapkan oleh jurulatih. Macam tidak adil saja bagi diriku kerana terpisah jauh dari dua rakanku, Asyraf dan Farid. Tentu sunyi nanti kerana aku agak kurang mesra dengan rakan-rakan kelasku yang lain. Lagi pun aku sekarang berada di tempat duduk depan sekali bersama rakan-rakan perempuan!! ""Argh, nape aku duduk dengan perempuan ni, aku kan malu dengan perempuan". Tidak dapat aku bayangkan selama tiga bulan aku di sini bersama deretan perempuan di kiri dan belakang. Mujurlah di kiriku orang lelaki kerana tempat duduk ku sekarang bersempadan dengan kelas lain. Boleh gak la jadi rakan sembang aku. Nama dia Azlan daripada kelas Sains. Aku hanya panggil Lan sahaja kerana dia ingin dipanggil begitu.
" Lan, aku boring la dok sini lama-lama," runggutku.
" Memang boring, dah la coach tak datang-datang lagi ni. Ini boleh mendatangkan marah", kata Lan dengan nada yang agak kuat.
Aku perlu berhati-hati apabila bercakap dengan Lan sebab tengok gayanya cam pemarah ckit kalau ada yang tak kena berlaku pada dirinya. Tapi memang betul, jurulatih masih belum nampak batang hidung lagi. Pelajar-pelajar lain telah mula merunggut dan bosan menunggu.

Hai awak...saya sayang awak...
Sambil asyik bersembang dengan Lan, aku terpandang Arissa yang dari tadi bersendirian di belakangku. Mungkin saja kawan-kawannya keluar ke tandas lalu membiarkannya sendiri. Lantas itu, Arissa juga berpaling kepadaku sambil tersenyum kecil. Aku membalas senyuman Arissa tanpa tidak sedar ada mata memandang. Bagai ada pertalian yang sangat erat diriku dengan Arissa. Memangla, aku ni mungkin bercas positif dan Arissa mesti negatif. Bila berlainan cas bertemu pasti akan menjadi dekat dan rapat. Begitu jugalah kuasa cinta yang aku alami sekarang walaupun kami tidak pernah lagi bertegur secara berdepan. Asyraf dari tadi melihat gelagatku. Aku perasaan dia melihatku, tapi aku tidak mengendahkannya. Biarlah, aku ingin menatap wajah Arissa kerana wajah itu lah pemberi semangat cintaku selama ini.
" Ok semua, kita nak mula dah latihan. Ready semua..... ( suara jurulatih )
..........Bersambung.............

Wednesday, January 5, 2011

2011..Berjayakah anda atau sebaliknya

Alhamdulillah...syukur nikmat dipanjatkan kepada yang Maha Esa kerana masih diberi kekuatan untuk melangkah ke tahun baru ini. Sudah 5 hari berlalu tatkala tahun baru Masihi disambut pada hari sabtu yang lalu. Pastinya pada tahun 2011 ini, segala pengisian yang telah dirancang pada penghujung tahun lalu ingin dilihat berjaya pada tahun ini. Setiap orang pasti mempunyai  azam masing-masing untuk dilaksanakan. Kalau si kecil yang baru masuk darjah satu pastinya ingin mendapatkan seberapa banyak kawan baru di samping ingin mengejar cita-cita yang diimpikan. Jika yang sudah bersekolah pastinya berazam untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Kepada yang sudah bekerja pula mereka akan melipatgandakan usaha untuk beberapa tujuan seperti kenaikan gaji dan pangkat. Tidak lupa juga kepada pasangan yang baru berkahwin. Kemunculan zuriat pastinya ditunggu-tunggu  di samping inginkan kehidupan yang lebih selesa di sisi orang tersayang. Warga emas yang sudah masin dengan kehidupan ini ingin melengkapkan diri dengan mengunjung Baitullah bagi menyempurnakan ibadat haji pada penghujung tahun ini. InsyaAllah, jika perancangan baik maka kesudahannya juga pasti baik. Darwis juga mempunyai matlamat yang mesti ditunaikan pada tahun ini. Biarlah ia menjadi rahsia dahulu. InsyaAllah di penghujung tahun 2011 nanti, Darwis akan membelek kembali setiap matlamat ini bagi tatapan umum para pembaca yang dihormati...Wassalam...