Selamat Datang Ke Blog Zul Fauzi

Sebarang komen serta pandangan amat dialu-alukan. Terima kasih

Friday, March 25, 2011

Pengalaman di bumi Awat - Awat, Lawas, Serawak

Assalamualaikum sahabat semua...Darwis memohon maaf atas kelewatan meng-up-date-kan blog saya..Darwis agak bz kerana menguruskan hal-hal berkaitan posting di Sarawak..Untuk makluman semua sahabat, saya telah ditempatkan di sekolah bernama S.K. Awat - Awat yang terletak di dalam daerah Lawas, Sarawak. Sekolah ini sentiasa ditenggelami air.Aik,banjir ke??Bukan begitu, tapi ia sememangnya terletak di atas air berhampiran tebing sungai. Hampir keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada kayu dengan disokong oleh tiang-tiang tinggi di bawahnya untuk mengelakkan air mencecah lantai sekolah terutamannya apabila air pasang. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai nelayan dan murid - murid datang ke sekolah dengan menaiki perahu@boat setiap hari. Ini kerana, kampung - kampung nelayan di sini terletak di seberang sungai. Jadi, nak pegi sekolah kena la ulang - alik naik boat dengan kedar bayaran 20 sen sehala. Saya tidak mahu menulis panjang, jadi saya ingin memperlihatkan kepada para sahabat semua tentang suasana persekitaran di sini...Wassalam..

Sambutan Maulud Nabi di Kampung Baru Sundar

Suasana Sambutan Maulud Nabi walau terpaksa berpanasan

Laluan ke kelas

Majlis Pernikahan Ustaz Ali


Pemandangan kampung nelayan di Awat - Awat

Bilik Tidur saya!!

Lagi gambar bilik..hehe

Pemandangan sekolah dari jeti

Semua bangunan atas air

Itu kuarters saya, bumbung warna merah

Pemandangan lautan lepas..dari sini, 30 minit ke Brunei dengan bot

Tempat ikan disalai untuk dijadikan ikan tahai

Pemandangan jeti Awat -Awat

Rumah - rumah di perkampungan nelayan

Abang guard tengah melapah ikan pari

Keasyikan panorama di pantai Tanjung Aru, Sabah

Lagi gambar pantai..

dan lagi..

Nak bertolak balik ke Penang dengan AirAsia..

Pekena chicken wings dulu di medan selera Tanjung Aru, Sabah ba..

No comments:

Post a Comment