Selamat Datang Ke Blog Zul Fauzi

Sebarang komen serta pandangan amat dialu-alukan. Terima kasih

Thursday, December 30, 2010

2010, Tahun Gemilang Sukan Malaysia!!!

Menanti hari-hari terakhir dalam tahun 2010 ini, Darwis ingin berkongsi kegembiraan di samping rasa bersyukur dengan himpunan kejayaan kontingen negara dalam mengharungi segala rintangan dan cabaran yang begitu berliku. Walaupun pada awalnya harapan rakyat Malaysia untuk melihat pasukan badminton negara membawa pulang piala Thomas tidak kesampaian tetapi di kemuncaknya ia dibalas dengan prestasi hebat kontingen negara dalam sukan Komanwel dan Asia. Kedua-dua sukan besar dunia ini telah memperlihatkan kuasa sebenar Malaysia untuk membuktikan keupayaan mereka dalam menyayingi kuasa-kuasa besar sukan  seperti Britain, Australia, Kanada, India ( Komanwel ), China, Jepun, Korea Selatan ( Asia ).

The Rocket Pocket Man@Azizulhasni
Walaupun populasi negara sekarang ni di sekitar 23 juta orang, tetapi putera dan puteri negara yang lahir dengan bakat yang di asah, minat yang tinggi dan harapan yang menggunung, telah membuktikan mereka telah berupaya berada di antara jaguh-jaguh dunia yang lain. Kita lihat sahaja kelibat The Pocket Rocket Man atau nama sebenarnya Azizulhasni Awang yang memperolehi pingat perak bagi acara keirin ( lumba basikal trek ) dalam sukan Komanwel dan pingat emas bagi acara yang sama dalam sukan Asia. Oleh itu, tidak hairanlah beliau telah dipilih untuk mengikuti program Road to London bagi sukan Olimpik di England pada tahun 2012. Almaklumlah, dah terpilih untuk prospek emas pertama Malaysia dalam sukan Olimpik.

Tidak ketinggalan juga dengan dua jaguh dunia yang bersukan dengan menggunakan tangan. Mereka yang disebut pastinya ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David ( Squasy ) dan Datuk Lee Choong Wei ( Badminton ). Mesti orang luar akan rasa hairan, nape la dua-dua orang ni tua-tua pun leh jadi world champion. Hebat btol. Bukan camtu la, Datuk tu cuma gelaran bagi pengiktirafan dan penghargaan negara kepada mereka kerana telah mengharumkan nama negara di persada dunia. Kedua-dua mereka ni masing pemain nombor satu dunia sampai la sekarang.

Datuk Nicol







Datuk Lee Chong Wei
Dan sejarah telah tercipta lagi pada malam 29 Disember 2010 apabila pasukan bola sepak Malaysia atau lebih dikenali sebagai harimau Malaya telah menakluk Asia Tenggara buat pertama kali dalam sejarah. Aish, dah berperang ke negara-negara ni. Cuak gak ni. Bukan macam tula maksud Darwis, tapi sebenarnya wira-wira negara ini telah berjaya menjulang piala AFF Suzuki yang menobatkan Malaysia sebagai juara baru bola sepak Asia Tenggara. Syabas Malaysia!!! Sememangnya kita memang boleh. Tahniah kepada pemain-pemain negara yang bersungguh-sungguh bermain bermatian-matian untuk mempertahankan maruah bola sepak negara yang suram sejak sekian lama. Memang semalam, Darwis pun ketar lutut bila tengok Malaysia lawan Indonesia. Dah la kat stadium Gelora Bung Karno yang memang bergelora sungguh. Pemain lawan serang habis-habisan tapi pertahanan negara kita tetap steady, tenang dan makin mantap. Pujian menggunung diberikan kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang tenang menangkap bola hasil tendangan penalti pasukan lawan. Juga ucapan tahniah kepada jelmaan Mokhtar Dahari versi baru iaitu Safee Sali yang sangat kreatif menjaringkan gol dibantu skipper yang unik dengan hantaran yang tepat iaitu Safiq Rahim ( kapten pasukan ). Walaupun Indonesia bangkit untuk memenangi perlawanan ini dengan jaringan 2 -1, tetapi itu tidak cukup mengatasi defisit yang dimiliki pasukan negara dengan kelebihan 2 gol ( 4 - 2 ). Akhirnya

Piala yang menjadi rebutan Asia Tenggara ( AFF Suzuki Cup )


Barisan Harimau Malaya sedia beraksi
Malaysia mencipta sejarah gemilang kedua dengan memenangi piala asia tenggara ( AFF Suzuki Cup ) selepas memenangi pingat emas Sukan Sea 2009. Tahniah kepada ketua jurulatih Malaysia, K. Rajagobal dan anak-anak buahnya. Kami rakyat Malaysia sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada anda. Ciptalah sejarah yang lebih hebat di peringkat Asia dan juga dunia. Kita pasti ingin melihat pasukan bola sepak kita kembali digeruni oleh jaguh Asia iaitu Korea Selatan yang menjadi musuh ketat kita di era Allhyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan Santokh Singh. Ayuh kita rakyat Malaysia semarakkan kebangkitan sukan negara dengan sokongan yang padu kepada wira dan wirawati negara.

Semarakkan semangat MALAYSIA BOLEH!!!!

2 comments:

  1. yeah hidup Malaysia! Alhamdulillah Malaysia menang. memang berdebar-debar tengok game semalam bukan? dan memang bersorak sungguh apabila Khairul Fahmi menangkap bola sepakan penalti dengan kemas , juga ketika Safee meledak gol cantik. Yeahhhh!!

    ReplyDelete
  2. mmg bdebar-debar tengok.nk mkn time 2 pun tak lalu.memang kemas btol la kerul fahmi.cm Van Der Sar dh gye die.Safee pun kreatif bg gol.cume defense kne fokus lebih ckit.pe2 pun tahniah Malaysia...

    ReplyDelete