Selamat Datang Ke Blog Zul Fauzi

Sebarang komen serta pandangan amat dialu-alukan. Terima kasih

Wednesday, January 5, 2011

2011..Berjayakah anda atau sebaliknya

Alhamdulillah...syukur nikmat dipanjatkan kepada yang Maha Esa kerana masih diberi kekuatan untuk melangkah ke tahun baru ini. Sudah 5 hari berlalu tatkala tahun baru Masihi disambut pada hari sabtu yang lalu. Pastinya pada tahun 2011 ini, segala pengisian yang telah dirancang pada penghujung tahun lalu ingin dilihat berjaya pada tahun ini. Setiap orang pasti mempunyai  azam masing-masing untuk dilaksanakan. Kalau si kecil yang baru masuk darjah satu pastinya ingin mendapatkan seberapa banyak kawan baru di samping ingin mengejar cita-cita yang diimpikan. Jika yang sudah bersekolah pastinya berazam untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Kepada yang sudah bekerja pula mereka akan melipatgandakan usaha untuk beberapa tujuan seperti kenaikan gaji dan pangkat. Tidak lupa juga kepada pasangan yang baru berkahwin. Kemunculan zuriat pastinya ditunggu-tunggu  di samping inginkan kehidupan yang lebih selesa di sisi orang tersayang. Warga emas yang sudah masin dengan kehidupan ini ingin melengkapkan diri dengan mengunjung Baitullah bagi menyempurnakan ibadat haji pada penghujung tahun ini. InsyaAllah, jika perancangan baik maka kesudahannya juga pasti baik. Darwis juga mempunyai matlamat yang mesti ditunaikan pada tahun ini. Biarlah ia menjadi rahsia dahulu. InsyaAllah di penghujung tahun 2011 nanti, Darwis akan membelek kembali setiap matlamat ini bagi tatapan umum para pembaca yang dihormati...Wassalam...

No comments:

Post a Comment