Selamat Datang Ke Blog Zul Fauzi

Sebarang komen serta pandangan amat dialu-alukan. Terima kasih

Friday, December 24, 2010

Umph...sedapnye..

Petang semalam Darwis bersama keluarga pergi ke negeri Perlis Darulsunnah untuk menikmati hidangan seafood yang ternyata paling murah dan sedap. Biasela, negeri dah bersempadan dengan Siam, masakan pun mesti ala-ala Thai punye. Orang-orang Malaysia ni sanggup datang dari jauh semata-mata nak hirup tomyam Thai yang memang mengiurkan ( meleleh air liur la, bukan pasal benda lain ). Soal rasa memang x boleh bohong..ops, amek trade mark Mee Sedap pulak. Sepanjang mengharungi perjalanan sejauh 150 kilometer melalui highway plus, aku kembali mengingatkan saat diriku berangkat pergi meninggalkan rumah kenangan suka dan duka (819) pada bulan lepas. Hari ini, aku bakal melalui jalan yang biasa aku guna untuk ke sana sini sepanjang lima tahun yang lalu. Aku lebih suka mengikut jalan Jitra-Kodiang-Arau sebab lebih cepat. Bukan cepat sebab aku bawak laju, tapi memang jalan tu diiktiraf sebagai 'short cut' terpendek la untuk ke Perlis. Lagi pun hampir 95% jalan tersebut dah abes diturap, double lane lagi. Memang standard highway la. Kadang-kadang memang xsedar meter laju dah lajak ke angka 100 km/j..hehe..

Bila aku keluar highway melalui Wang Tepus, kereta yang dibawa terus memecut dan kadang-kadang brek. Pasai apa dok brek pulak ni. Yela, asyik pecut je, xkan tak brek lansung bila traffic light jadi merah atau bila kita ikut lori kontena yang memang slow tahap ciput. Sambil memandu, aku lantas mengilas pandanganku secepat mungkin untuk melihat Bandar Darulaman dan pekan Jitra. Kot-kotla ada supermarket baru atau menara pencakar langit yang menjadi mercu tanda pekan Jitra. Ngarutla, baru tinggalkan Jitra sebulan lebih dah nak tengok benda-benda baru dekat sini. Pada pandangan Darwis, semuanya masih sama seperti sebulan yang lalu. Susunan meja char koey teaw Ghani pun masih tak berubah seperti last night aku dan rakan-rakan lepak selepas bermain snuker.

Sedar tak sedar, aku telah memasuki kembali highway. Bukan highway utara selatan tapi highway Perlis-Changlun. Yela, untuk ke Kangar atau Kuala Perlis, mesti la ikut jalan ni. Satu-satunya highway yang tak dak plaza tol. Jimat la ckit duit poket. Alang-alang ke negeri Perlis, keluargaku ingin melihat keadaan kakak iparku yang kini sarat mengandung 7 bulan. Jadi, kami pun singgah sebentar di Seriap untuk berehat dan menunaikan solat jamak. Alhamdulillah, dapat jugak wat rukhsah solat. Sambil berehat, dan ( sempat ) lagi pekena popia goreng dan tepung talam yang dibeli abangku di pekan Kangar. Memang sodap la. Ala bagi Darwis, semua makanan sedap..ngee....
Mai-mai!! Ikan ada, ketam ada, udang, sotong bla...

Selepas solat, kami pun bertolak ke Kuala Perlis untuk menikmati ikan bakar, ketam masak pedas, kerang bakar, udang celup tepung bla2...tu dia, semua makanan laut. Memang la, dah tempat makan pun tepi laut, x kan nk oder ayam rendang. Memang lari tema le. Untuk makluman semua, hidangan makanan berasaskan seafood ni memang tumbuh bak cendawan di sini. Tapi untuk harga yang berpatutan dan rasa yang lebih lazat, semestinya tempatnya di Jeti Kuala Perlis. Ala, gerai-gerai ala food court yang turut menyediakan kenderaan berkuda bagi pelancong yang ingin menikmati suasana indah di pekan Kuala Perlis. Memang besh la makan kat sini sebab semua gerai di sini mengadap laut Selat Melaka yang indah dan sejuk mata memandang. Dapat tengok matahari tengelam secara live lagi.
Sekali tengok hidangan laut yang dipamerkan memang sedap mata memandang. Semua nak rasa, tapi ingat jangan membazir. Memang la semua nampak sedap, tapi ingat perut kita bukan ada tempat simpanan tambahan. Memang waktu berpose dekat taman dulu banyak mengajar diriku untuk tidak membazir lagi. Ada satu hari tu aku beli air sampai tiga bungkus, tambah dengan nasi bungkus, kuey 6 ketul dan 2 keping murtabak. Ingat bolehla abes. Last2 satu bungkus air je lepas, murtabak pulak tak sentuh lansung. Buang cmtu je, memang sangat-sangat la rugi.
Sedapnye...ikan bakar Kuala Perlis

Selesai makan, aku pun bersalaman dengan abangku sebelum pulang. Begitu juga kedua ibu bapa dan adik-adikku. Dengan perut yang sarat, aku gagahi jugak untuk drive walaupun tanda-tanda mengantuk tu dah mula nak rasa. Yela, perut kenyang senang hati, senang hati nak tido la..huhu..Aku boleh bawa keta sampai Juru ( Pulau Pinang ) je sebab memang ngantuk sangat-sangat. Kami singgah dekat R & R Juru untuk solat jamak dan mengisi minyak. Lpas tu turn ayah aku pulak bawak keta. Aku pe lagi, terus tido sampai tak sedar langsung dah sampai rumah...hehe..Wassalam..
Pemandangan Kuala Perlis waktu senja

Ingatan Darwis: Kalau tau nak drive, janganla makan banyak-banyak sangat, nanti mengantuk.  
                         Membahayakan diri dan orang lain

No comments:

Post a Comment