15 November 2010...
Pada malam ini, aku bersendirian menanti detik esok untuk meninggalkan rumah 819 yang membawa seribu satu kenangan bersama-sama rakan sepanjang tahun 2010 ini. Ketika jam menunjukkan 11.30 malam, aku mula membayangkan keadaan rumah semasa rakan-rakan masih berada di rumah ini. Matanep memang tak lekang dengan game online nye. Sampai kadang-kadang tak pergi makan sebab terlampau asyik dengan game..Sama la seperti Q atau nama penuhnya Q****r. Rakan saya ni memang gamerz sejati, tapi alim dan warak orangnye..hehe..Bab-bab game ni memang dia tahap 'master'. Satu benda yang menarik pasal Q ni dia ada himpunan buku-buku agama yang memang bagus untuk dibaca. Kira ulat buku jugak la mamat ni..hehe.................................
Pada ketika ini juga pastinya kedengaran suara lunak milik seorang pria yang merdu dan mengasyikan dari bilik Qiu..erm.. Siapa lagi kalau bukan empunya diri yang bernama Amat atau nama sebenarnya Ahmad A****f. Rakan saya ni memang suka nyanyi.. Nasib baik suara sedap..hehe..boleh la memecahkan kesunyian malam yang semakin melabuh.Tapi jangan sampai jiran sebelah datang buat aduan sudah la amat sebab suaramu telah berkumandang di corong-corong dinding mereka hasil penangan 'berkaraoke' di rumah 819..hehe............
.......................
Ok, di bilik tengah pula terdapat rakan-rakan yang agak urban penampilan mereka..sudah tentula si Danny Elmo@A***sham dan Wan. Mereka berdua ni memang sesuai menjadi rakan sebilik.. Pasang lagu memang tahap disco, kuat sungguh.Dengan di bantu speaker Altec Lansing yang berdentam-dentum macam guruh...Fuh, memang bergetar jiwa. Tetapi rakan saya Danny ni memang sangat komited bab-bab kerja..Kira kaki pulun jugak la. Kerja-kerja fail tutorial, ISL dan kerja kursus memang cepat je siap..Almaklum lah banyak sokongan daripada seseorang...ops...sorry Deli..hehe
.....................
Rakan saya Wan pula memiliki karekter yang sangat dinamik.Menyanyi boleh, jadi pengarah filem boleh,jurugambar boleh dan juga seorang blogger yang sangat aktif. Tabik springgg la Wan..hehe.. Dilengkapi dengan kamera DSLR Nikon yang menjadi teman karibnya di waktu kesunyian melanda diri..aicey....Rakan sebilik saya bernama Tengku S atau nama panggilannya S**h. Kadang-kadang kami memanggilnya ayah atau papa kerana hanya beliau dalam rumah ini yang telah berkahwin. Sememangnya segala nasihat dan peringatan ayah akan kami turuti sebagai anak-anaknya...hihi... Rakan saya ini memang terkenal dengan 'radio amatur'. Baharu sahaja membeli satu alat seakan-akan walkie-talkie tetapi sebenarnya sebuah radio yang mempunyai gelombang frekuansi yang tinggi. Beratus jugak la berabis duit membeli benda ni. Rakan-rakan radio di luar sana yang mahu berkenalan dengan S*** boleh menggunakan 'callsign' beliau iaitu '9W2TGS'. Macam nak promote pulak ye..
16 November 2010.....
Sedar tak sedar jam telah menunjukkan pukul 12.30 pagi. Aku lantas memasukkan barang-barang yang ingin dibawa pulang ke dalam kereta.. Berat sungguh rasanya ingin meninggalkan rumah 819 ini esok pagi. Tetapi apakan daya,rakan-rakan telah lama pergi dan mungkin sekarang sedang bergembira dengan keluarga di kampung halaman. Aku masih di sini...menunggu detik-detik yang kian menjelma...Aku akan habiskan malam terakhir di sini dengan palitan kenangan yang tetap tersemat di dalam fikiranku....
No comments:
Post a Comment