Selamat Datang Ke Blog Zul Fauzi

Sebarang komen serta pandangan amat dialu-alukan. Terima kasih

Monday, November 29, 2010

Futsal Oh Futsal...

Pagi ini Darwis bangun tidak seperti hari biasa. Aduh....Kaki masih terasa sakit terutama di bahagian paha. Kesakitan@kecederaan akibat bermain futsal masih terasa. Padahal baru saja dua hari berlalu tetapi begitu perit nak bangun. Jalan pun tak tentu arah dibuatnya, kengkang je cam budak kecil baru nak belajar berjalan..hehe..Tapi, itulah harga yang perlu dibayar oleh Darwis sebab 'pulun' sangat main. Baru jadi 'keeper' dah cedera tahap kritikal..Ops, cam serius je mamat ni 'injured'.

Ini Dia Gelanggang Futsal Kami
Sekadar Gambar Hiasan
Pada malam kejadian, Darwis bersama abang dan adiknya telah bermain futsal di gelanggang futsal Purnama berdekatan kawasan perindustrian Kamunting. Ala, sebenarnya gelanggang futsal tu pun bekas tapak kilang. Memang tak heran la orang sini selalu panggil "Futsal de Kilang". Ok la, kebanyakan orang yang turut sama bermain futsal ini merupakan rakan karib abang Darwis sendiri. Susah betul nak tau nama sebenar depa ni sebab masing-masing dok guna nama samaran ja..ish..ish..Antara nama yang lucu didengar seperti Conan, Mutusamy, Osama dan sebagainya. Abang Darwis sendiri diberi jolokan 'Chin' atau botak. Maksudnya, bila abang disebut Chin maka adik-adiknya termasuk saya sendiri dipanggil dengan 'Adik Chin' setiap kali bermain..hehe..."Adik Chin, adik Chin..bagi bola cepat" macam tulah depa ni panggil.

Aduh...sakitnya nak turun katil ni...tak pela sakit ni boleh hilang esok lusa. Biasala orang yang jarang buat 'exercise' memang cepat cedera kalau bermain secara mengejut. Saya masih teringat lagi ramai antara mereka memuji tindakan cekap saya menahan bola daripada dibolosi banyak gol pada malam tersebut. Sampaikan ada la sorang ni jadi 'frust' sebab asal berhadapan dengan saya berseorangan mesti tak lepas.Darwis pun sebenarnya bukanlah seorang yang cekap jadi penjaga gol tetapi malam tu jadi la pulak..hehe...dah ala-ala Oliver Khan gelagat Darwis malam tu.

Pada masa yang sama muka, lengan, perut dan kaki Darwis terus menjadi mangsa serangan melalui rembatan kencang tahap ribut datang bertalu-talu. Dah la gelanggang futsal tu kecik je, kejap-kejap bola sampai. Tak boleh nak rehat minum kopi tepi gawang ke, mesej awek ke atau sebagainya. Betul-betul kena fokus pada bola dan orang khususnya. Baru main futsal dengan kawan-kawan dah sungguh-sungguh. Memang bagus tu Darwis, memang kalau kita buat sesuatu tu kena tekun dan bersungguh, tapi biar la berpada-pada. Jangan sampai memakan diri sudah la..tahan la sekarang, kan dah sakit macam-macam. Macam mana nak main 'basket' petang esok ni...tangan sakit, kaki sakit........

 Dah abis main dekat dua jam malam tu kami pun singgah restoran mamak kejap. Nak lepak sambil tengok perlawanan Manchester United vs Blacburn Rovers secara 'live'. Melangkah je depan kedai mamak ni, semua tempat duduk berbumbung penuh. Fuh, memang ramai sungguh peminat setia Red Devil ni. Memang tak salah lah peminat kelab Inggeris ini mencecah beratus juta orang di seluruh dunia. Nak dibanding dengan liga tempatan kita, memang langit dengan bumi. Terpaksa la kami duduk di tempat tak berbumbung. Biasala, sekarang ni kan musim hujan, memang mencurah-curah turun seperti bom jangka.

Sekadar gambar hiasan
Baru je nak tarik kerusi, dah datang mamak minta 'order'. Tak sempat-sempat betul la mamak ni, bersungguh macam Darwis..hehe..Lupa nak 'promote' restoran mamak ni. Nama restoran ni ialah Restoran Nasi Kandar Naseer Fairuz. Kebanyakan warga bandar Bagan Serai ni panggil Fairuz ja..panjang sangat nak sebut. Memang terkenal la restoran mamak ni. Setiap hari tak lekang penggunjung datang nak 'pekena' nasi kandar dengan kuah campur la, tosei, nasi lemak, roti, dan yang istimewanya turut disediakan perkhidmatan WIFI. Jadi dengan itu, ramai la insan-insan 'berlaptop' dok melepak berjam-jam sampai nak bangun pun tak boleh. Yela, dah terlekat..hehe.......

Nak diikutkan cerita, sambil menunggu pesanan yang tak sampai-sampai lagi, datangla sorang pak cik dalam lingungan 50-an masuk ke dalam restoran. Mula-mula dia masuk, tercegat lama depan tv. Lepas tu tiba-tiba sahaja dia melambai-lambai orang di sekeliling. Saya naik pelik tengok gelagat orang tua ni. Betul ke tak, pening ke dia ni? Lepas itu, dia terus masuk ke dalam restoran dengan gaya jalannya mendongak kepala di atas. Amboi macam nak sangkut kepala kat bumbung ja pak cik ni..bisik hati Darwis..hehe

Perlawanan bola pun bermula. Belum sempat menjamah nasi lemak tambah yang baru sampai, dah Berbatov sumbat gol untuk Man United. Hebat betul la!!! Ni mesti nak kenduri gol dengan pasukan lawan. Asyik dok tengok bola, pak cik tadi tiba-tiba keluar daripada kedai dan terus 'start' motornya. Boleh pulak la pak cik ni 'start' moto pakai kaki. Ingat pakai tangan tadi..minta maaf pak cik..lawak saja..Dah buat hal lagi pak cik ni. Boleh pulak la bawa motor masuk dalam restoran sambil gelak-gelak. Bahaya betul kalau langgar orang yang tengah makan. Ada sorang rakan abang Darwis menyahut " Bawak moto tu masuk terus dalam dapur la". Kami semua menggeleng kepala kehairanan dengan gelagat pak cik sorang ni.
Alhamdulillah, pak cik ni terus keluar dari restoran dan hilang entah ke mana.......Hujan sudah mula rintik-rintik. Kami mengambil keputusan untuk balik terus ke rumah walaupun separuh masa kedua masih berbaki 40 minit. Tak pela, Man United dah 'leading' 3-0. Kira yakin menang la. Tak dak cabaran daripada pasukan lawan. Begitulah rentetan peristiwa malam tersebut.

Glory!Glory! Manchester United!
Memang lucu dan kelakar bila diingat kembali. Terima kasih kepada abang dan rakan-rakannya yang begitu 'enjoy' bermain dan bergelak tawa di restoran mamak. Diharapkan malam itu akan berulang lagi......sekian.........adoi, sakit datang balik..........tolong-tolong.......

No comments:

Post a Comment