Kuliah hari ini tamat seperti biasa. Aku bersama rakan-rakan yang lain bergegas ke tempat hentian bas di hadapan bulatan perdana. Kami kena cepat. Yela, 'first come, first serve' la katakan. Kalau dapat beratur awal, giliran untuk naik bas pun cepat, kalau lambat, terpaksa la tunggu 'turn' bas yang berikutnya. "Lenguhnya kaki...," bisik hatiku.
" Farid, apasal bas lambat sampai ha," aku bertanya.
" Erm, aku dengar hari ni pak cik bas tengah anta abang dan kakak KPLI untuk kursus Bina Insan Guru. Jadi lewat la ckit," jawabnya.
" Ni bukan sikit dah, lama sangat dok menunggu nih". Aku menjadi kurang sabar. Mungkin disebabkan hari ni aku mengalami sakit kepala, emosiku sedikit terganggu.
" Cepat la bas ni..," aku mengeluh.
Tiba-tiba aku mengalih pandanganku kepada satu wajah ayu yang sudah biasa dilihat olehku, Arissa. Arissa melangkah kecil dan terus berbaris bersama dua rakannya yang lain. Kelihatan dia begitu ceria bersembang dengan rakannya. Aku terus melihat gelagatnya dan ternyata sakit kepalaku kian reda. "Hebat sungguh aura Arissa ni," pujiku. Pada masa yang sama, aku amat berhati-hati apabila melihat Arissa takut-takut dia perasan. Yela, mungkin nanti dia berasa rimas dan kurang selesa. Maklumlah, orang semakin ramai menunggu. Mungkin ada mata-mata yang melihat perlakuanku ini. Tetapi, aku berasa selesa melihat wajah Arissa yang semakin manis apabila senyum. " Kalau la dia senyum kat aku, alamat mimpi indah la aku hari ni."
"Oi Reez, bas dah sampai, memgelamun lak dia ni. Ni teringat kat sape sampai aku panggil pun tak dengar," sapa Asyraf.
"Tak de ingat sape-sape la. Aku cuma letih je hari ni, sebab tu aku macam 'blur' ckit," aku cuba berdalih.
Aku, Farid dan Asyraf bernasib baik sebab dapat juga duduk di dalam bas. Yela, sebelum ni asyik berdiri je. Pak cik bas leh tahan gak bawa bas, laju betul. Naik pening kepalaku setiap kali berdiri. Tapi tak la sampai nak termuntah. Kami duduk di bahagian belakang sekali. Memang menjadi tempat 'favourite' kami sejak dulu kerana boleh tengok ragam orang lain di hadapan. Ada yang sedang tidur, bersembang, mengelamun, menelefon dan sebagainya. Terhibur juga la hati ni.
Sedang asyik aku melihat jam di engsetku, aku lantas mencari kelibat Arissa yang beratur agak ke belakang semasa berdiri tadi.
" Kenapa hari ini dia lambat beratur?"
" Mungkin saja dia berjumpa pensyarah kerana hal kerja kursus rasanya"
Aku tak setanding Arissa. Lihat saja kesempurnaan yang ada pada dirinya. Sudah lah cantik, pandai dan rajin pulak tu. Aku ni apa la yang ada. Badan besar, agak malas dan pendiam. Memang berbeza sungguh diriku jika dibanding dengannya. Tetapi kini, aku sudah jatuh cinta padanya. Cinta pandang pertamaku. Indahnya ku rasa. Sebelum aku sampai di sini, aku tidak pernah mengenali perasaan cinta kepada kaum hawa. Aku begitu merendah diri terhadap perempuan dan malu untuk bergaul dengan mereka. Tetapi kini aku telah cuba mengikis perasaan itu setelah menemui gadis suci bernama Arissa. Aku ingin berkenalan dengannya, tetapi sukar untukku meluahkan perasaan. Aku tidak begitu pasti penerimaannya terhadapku nanti. Aku tidak mahu dilabel dengan pepatah Melayu " Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong". Pasti berbisa kalau Arissa membalasnya seperti itu. Tapi tak mungkin terjadi, kerana hatiku mengakui bahawa Arissa merupakan seorang gadis lembut dan santun dengan budi bahasanya. InsyaAllah, aku akan menyatakan isi hatiku kepadanya nanti.
Kasihan aku melihat Arissa yang terpaksa menunggu 'trip' kedua kerana bas sudah penuh dengan orang yang bersesak-sesak sampai ke muka pintu. Sedang asyik aku memandangnya, tiba-tiba Arissa terus mengalih pandangannya kepadaku. Tersentak hatiku, apabila wajah yang sering terbayang olehku itu, melihatku sambil tersenyum. Aku terkesima dan dadaku terus berdegup kencang macam baru menghabiskan larian 100 meter. Nampaknya, Arissa telah tahu bahawa aku sering melihatnya. Aku menjadi malu kerana menganggap sebelum ini dia tidak perasaan perhatianku terhadapnya. Tapi aku juga berasa gembira kerana balasan senyumannya itu seperti mahu menerima kehadiran diriku kepadanya. "Sudah jauh anganku kali ni. Apa salahnya kalau angankan yang positif, tak gitu," aku kembali melawan.
"Reez, dah sampai taman ni,jum kuar. Kita gi minum-minum dulu nak tak?" pinta Farid.
" Ok, balasku pendek. Aku sebenarnya masih terbayangkan senyuman Arissa tadi yang masih belum hilang di kotak fikiranku.
" Orang tengah di lamun cinta Farid, jawab pun nak tak nak jela," celah Asyraf
" Eh, mane adela. Aku mane main cinta-cinta ni. Korang yela, masing-masing dah berpunya," balasku.
................................................................................................................................................................
Pada malam itu, aku baring bersendirian di atas katil. Malas lagi rasanya nak buat kerja kursus yang menimbun-nimbun. Tak pela, lama lagi nak anta. Asyrah dan Farid pun leh lagi main 'game' yang baru dibeli petang tadi. Mentang-mentangla elaun baru masuk, terus beli macam-macam. Nanti bila duit dah kering, baru nak berjimat. Masuk elaun terus pergi KFC, Pizza Hut, Mcdonald dan restoran mamak yang memang 'gila-gila' mahal harga die. Pastu bila dah kering, baru la teringat kat nasi bujang la, janda la, nasi lemak ekonomi la..macam-macam...aduhai..
Aku pun ada beli 'something' gak petang tadi. Bukan cd game, tapi cd lagu jiwang 90-an..hehe...Yela, orang dah dilamun cinta, menjadi satu kemestian dengan lagu jiwang ni. Boleh la aku layan lagu sorang-sorang di dalam bilik. Selesai solat isya', aku pun terus membuka komputer dan mengunci pintu. Aku tak mau nanti ada orang lain masuk bilikku secara tiba-tiba dan melihat keadaan ku begini..
Lagu pertama dimainkan.........Samudera, Salam Sejahtera...........
" Tiada secantik bahasamu, ku gubah lalu menjadi lagu,
Tidak setanding paras, wajahmu itu menjadi rindu,
Andainya bulan retak seribu,
Bayangmumu ada di mana-mana,
Jika kaca berderai, luka tersusuk seluruh jiwa.....
Kita pun diibaratkan, kasih suci yang bahagia,
Aku turut merasakan, mahligai yang jadi nyata,
Bersamamu..........
Pertama dan kaulah selamanya,
Riwayat yang menghikayat cinta,
Kasih jangan biarkan. kata yang nista
Membakar kita...
Sejauh mana pun terpisah,
Kau dihatiku dan ku sama,
Dalam tidur dalam terjaga,
Ku ucapkan salam sejahtera..............Arissa....." ( bersambung )
bes cte..
ReplyDelete