Selamat Datang Ke Blog Zul Fauzi

Sebarang komen serta pandangan amat dialu-alukan. Terima kasih

Thursday, December 30, 2010

2010, Tahun Gemilang Sukan Malaysia!!!

Menanti hari-hari terakhir dalam tahun 2010 ini, Darwis ingin berkongsi kegembiraan di samping rasa bersyukur dengan himpunan kejayaan kontingen negara dalam mengharungi segala rintangan dan cabaran yang begitu berliku. Walaupun pada awalnya harapan rakyat Malaysia untuk melihat pasukan badminton negara membawa pulang piala Thomas tidak kesampaian tetapi di kemuncaknya ia dibalas dengan prestasi hebat kontingen negara dalam sukan Komanwel dan Asia. Kedua-dua sukan besar dunia ini telah memperlihatkan kuasa sebenar Malaysia untuk membuktikan keupayaan mereka dalam menyayingi kuasa-kuasa besar sukan  seperti Britain, Australia, Kanada, India ( Komanwel ), China, Jepun, Korea Selatan ( Asia ).

The Rocket Pocket Man@Azizulhasni
Walaupun populasi negara sekarang ni di sekitar 23 juta orang, tetapi putera dan puteri negara yang lahir dengan bakat yang di asah, minat yang tinggi dan harapan yang menggunung, telah membuktikan mereka telah berupaya berada di antara jaguh-jaguh dunia yang lain. Kita lihat sahaja kelibat The Pocket Rocket Man atau nama sebenarnya Azizulhasni Awang yang memperolehi pingat perak bagi acara keirin ( lumba basikal trek ) dalam sukan Komanwel dan pingat emas bagi acara yang sama dalam sukan Asia. Oleh itu, tidak hairanlah beliau telah dipilih untuk mengikuti program Road to London bagi sukan Olimpik di England pada tahun 2012. Almaklumlah, dah terpilih untuk prospek emas pertama Malaysia dalam sukan Olimpik.

Tidak ketinggalan juga dengan dua jaguh dunia yang bersukan dengan menggunakan tangan. Mereka yang disebut pastinya ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David ( Squasy ) dan Datuk Lee Choong Wei ( Badminton ). Mesti orang luar akan rasa hairan, nape la dua-dua orang ni tua-tua pun leh jadi world champion. Hebat btol. Bukan camtu la, Datuk tu cuma gelaran bagi pengiktirafan dan penghargaan negara kepada mereka kerana telah mengharumkan nama negara di persada dunia. Kedua-dua mereka ni masing pemain nombor satu dunia sampai la sekarang.

Datuk Nicol







Datuk Lee Chong Wei
Dan sejarah telah tercipta lagi pada malam 29 Disember 2010 apabila pasukan bola sepak Malaysia atau lebih dikenali sebagai harimau Malaya telah menakluk Asia Tenggara buat pertama kali dalam sejarah. Aish, dah berperang ke negara-negara ni. Cuak gak ni. Bukan macam tula maksud Darwis, tapi sebenarnya wira-wira negara ini telah berjaya menjulang piala AFF Suzuki yang menobatkan Malaysia sebagai juara baru bola sepak Asia Tenggara. Syabas Malaysia!!! Sememangnya kita memang boleh. Tahniah kepada pemain-pemain negara yang bersungguh-sungguh bermain bermatian-matian untuk mempertahankan maruah bola sepak negara yang suram sejak sekian lama. Memang semalam, Darwis pun ketar lutut bila tengok Malaysia lawan Indonesia. Dah la kat stadium Gelora Bung Karno yang memang bergelora sungguh. Pemain lawan serang habis-habisan tapi pertahanan negara kita tetap steady, tenang dan makin mantap. Pujian menggunung diberikan kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang tenang menangkap bola hasil tendangan penalti pasukan lawan. Juga ucapan tahniah kepada jelmaan Mokhtar Dahari versi baru iaitu Safee Sali yang sangat kreatif menjaringkan gol dibantu skipper yang unik dengan hantaran yang tepat iaitu Safiq Rahim ( kapten pasukan ). Walaupun Indonesia bangkit untuk memenangi perlawanan ini dengan jaringan 2 -1, tetapi itu tidak cukup mengatasi defisit yang dimiliki pasukan negara dengan kelebihan 2 gol ( 4 - 2 ). Akhirnya

Piala yang menjadi rebutan Asia Tenggara ( AFF Suzuki Cup )


Barisan Harimau Malaya sedia beraksi
Malaysia mencipta sejarah gemilang kedua dengan memenangi piala asia tenggara ( AFF Suzuki Cup ) selepas memenangi pingat emas Sukan Sea 2009. Tahniah kepada ketua jurulatih Malaysia, K. Rajagobal dan anak-anak buahnya. Kami rakyat Malaysia sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada anda. Ciptalah sejarah yang lebih hebat di peringkat Asia dan juga dunia. Kita pasti ingin melihat pasukan bola sepak kita kembali digeruni oleh jaguh Asia iaitu Korea Selatan yang menjadi musuh ketat kita di era Allhyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan Santokh Singh. Ayuh kita rakyat Malaysia semarakkan kebangkitan sukan negara dengan sokongan yang padu kepada wira dan wirawati negara.

Semarakkan semangat MALAYSIA BOLEH!!!!

Friday, December 24, 2010

Umph...sedapnye..

Petang semalam Darwis bersama keluarga pergi ke negeri Perlis Darulsunnah untuk menikmati hidangan seafood yang ternyata paling murah dan sedap. Biasela, negeri dah bersempadan dengan Siam, masakan pun mesti ala-ala Thai punye. Orang-orang Malaysia ni sanggup datang dari jauh semata-mata nak hirup tomyam Thai yang memang mengiurkan ( meleleh air liur la, bukan pasal benda lain ). Soal rasa memang x boleh bohong..ops, amek trade mark Mee Sedap pulak. Sepanjang mengharungi perjalanan sejauh 150 kilometer melalui highway plus, aku kembali mengingatkan saat diriku berangkat pergi meninggalkan rumah kenangan suka dan duka (819) pada bulan lepas. Hari ini, aku bakal melalui jalan yang biasa aku guna untuk ke sana sini sepanjang lima tahun yang lalu. Aku lebih suka mengikut jalan Jitra-Kodiang-Arau sebab lebih cepat. Bukan cepat sebab aku bawak laju, tapi memang jalan tu diiktiraf sebagai 'short cut' terpendek la untuk ke Perlis. Lagi pun hampir 95% jalan tersebut dah abes diturap, double lane lagi. Memang standard highway la. Kadang-kadang memang xsedar meter laju dah lajak ke angka 100 km/j..hehe..

Bila aku keluar highway melalui Wang Tepus, kereta yang dibawa terus memecut dan kadang-kadang brek. Pasai apa dok brek pulak ni. Yela, asyik pecut je, xkan tak brek lansung bila traffic light jadi merah atau bila kita ikut lori kontena yang memang slow tahap ciput. Sambil memandu, aku lantas mengilas pandanganku secepat mungkin untuk melihat Bandar Darulaman dan pekan Jitra. Kot-kotla ada supermarket baru atau menara pencakar langit yang menjadi mercu tanda pekan Jitra. Ngarutla, baru tinggalkan Jitra sebulan lebih dah nak tengok benda-benda baru dekat sini. Pada pandangan Darwis, semuanya masih sama seperti sebulan yang lalu. Susunan meja char koey teaw Ghani pun masih tak berubah seperti last night aku dan rakan-rakan lepak selepas bermain snuker.

Sedar tak sedar, aku telah memasuki kembali highway. Bukan highway utara selatan tapi highway Perlis-Changlun. Yela, untuk ke Kangar atau Kuala Perlis, mesti la ikut jalan ni. Satu-satunya highway yang tak dak plaza tol. Jimat la ckit duit poket. Alang-alang ke negeri Perlis, keluargaku ingin melihat keadaan kakak iparku yang kini sarat mengandung 7 bulan. Jadi, kami pun singgah sebentar di Seriap untuk berehat dan menunaikan solat jamak. Alhamdulillah, dapat jugak wat rukhsah solat. Sambil berehat, dan ( sempat ) lagi pekena popia goreng dan tepung talam yang dibeli abangku di pekan Kangar. Memang sodap la. Ala bagi Darwis, semua makanan sedap..ngee....
Mai-mai!! Ikan ada, ketam ada, udang, sotong bla...

Selepas solat, kami pun bertolak ke Kuala Perlis untuk menikmati ikan bakar, ketam masak pedas, kerang bakar, udang celup tepung bla2...tu dia, semua makanan laut. Memang la, dah tempat makan pun tepi laut, x kan nk oder ayam rendang. Memang lari tema le. Untuk makluman semua, hidangan makanan berasaskan seafood ni memang tumbuh bak cendawan di sini. Tapi untuk harga yang berpatutan dan rasa yang lebih lazat, semestinya tempatnya di Jeti Kuala Perlis. Ala, gerai-gerai ala food court yang turut menyediakan kenderaan berkuda bagi pelancong yang ingin menikmati suasana indah di pekan Kuala Perlis. Memang besh la makan kat sini sebab semua gerai di sini mengadap laut Selat Melaka yang indah dan sejuk mata memandang. Dapat tengok matahari tengelam secara live lagi.
Sekali tengok hidangan laut yang dipamerkan memang sedap mata memandang. Semua nak rasa, tapi ingat jangan membazir. Memang la semua nampak sedap, tapi ingat perut kita bukan ada tempat simpanan tambahan. Memang waktu berpose dekat taman dulu banyak mengajar diriku untuk tidak membazir lagi. Ada satu hari tu aku beli air sampai tiga bungkus, tambah dengan nasi bungkus, kuey 6 ketul dan 2 keping murtabak. Ingat bolehla abes. Last2 satu bungkus air je lepas, murtabak pulak tak sentuh lansung. Buang cmtu je, memang sangat-sangat la rugi.
Sedapnye...ikan bakar Kuala Perlis

Selesai makan, aku pun bersalaman dengan abangku sebelum pulang. Begitu juga kedua ibu bapa dan adik-adikku. Dengan perut yang sarat, aku gagahi jugak untuk drive walaupun tanda-tanda mengantuk tu dah mula nak rasa. Yela, perut kenyang senang hati, senang hati nak tido la..huhu..Aku boleh bawa keta sampai Juru ( Pulau Pinang ) je sebab memang ngantuk sangat-sangat. Kami singgah dekat R & R Juru untuk solat jamak dan mengisi minyak. Lpas tu turn ayah aku pulak bawak keta. Aku pe lagi, terus tido sampai tak sedar langsung dah sampai rumah...hehe..Wassalam..
Pemandangan Kuala Perlis waktu senja

Ingatan Darwis: Kalau tau nak drive, janganla makan banyak-banyak sangat, nanti mengantuk.  
                         Membahayakan diri dan orang lain

Thursday, December 9, 2010

Aku, Basketball dan Bebudak Taman...

Boleh main bola keranjang di mana-mana saje..
Mula-mula aku cuba menjenguk dekat court futsal petang tu kalau-kalau la ada budak main bola. Ada gak  budak taman yang main tapi x la ramai. Ni la peluang aku nk try training shoot bola basket. Malkumla dah lama x turun main. Paling last main pun masa sblom banjir kat Kedah dulu. Main ngan kawan-kawan dekat IPDA la..hehe..teringat balik detik-detik gemilang bersama diorang ni. Rindu sangat nak main balik kat IPDA. Lagi best bila bebudak junior join skali. Memang mantop!!
Tapi kini, aku sorang-sorang dekat taman. Nak main basket, budak Melayu mane la suka main permainan ni. Diorang ni dah sinonim ngan bola sepak atau futsal. Jadi, first time main, xdela nak join skali. Kebanyakan mereka memang ralit main bola. Tapi ada gak yang tengok aku shooting. Makin lama, makin ramai pulak yang tengok. Naik malu gak la. Yela, dok main sorang-sorang pastu ramai yang tengok dengan penuh minat..aiseh..Last-last, dengan langkah dan teknik yang aku dah blaja, aku cuba shooting dari jarak jauh. Bola melambung tinggi dan terus masuk ke dalam jaring tanpa menyentuh besi. Apa lagi, diorang pun terus la tepuk tangan tengok aku masukkan bola dari jarak jauh..hehe..Aku mula cuba menarik minat budak-budak ni secara diam-diam.
Esoknya pula, aku datang lagi dengan muka penuh 'slumber' dan membuat latihan shooting seperti biasa. Tapi sebelum tu, aku minta izin dulu dari budak-budak yang tengah main bola sebab petang tu ramai gak yang main. Agak leka aku main sorang-sorang, datangla sorang budak Cina dalam lingkungan 11 tahun gamaknya nak join sekali. Aku terus bagi bola dekat dia. Dengan teknik yang agak berlainan, dia mampu membuat shooting dengan agak stylish. Hebat betul la budak ni, kecik-kecik lagi dah pandai main basket. Aku dulu start blaja permainan ni pun masa sekolah menengah. Seingat aku, masa tingkatan 1.Tu pun cara baling masih style cam main bola jaring..ayu gitu..hehe..
Aku amek masa dekat 2 tahun gak la nak 'master' permainan ni. Memang kekok mula-mula. Teknik-teknik dalam permainan ni memang rumit. Bola pulak keras cam batu. Kalu kena kepala sakit oo...dah berpengalaman..hehe..
Adik-adik, nak main kena la tau peraturannye...
Ok la,sambung balik. Last-last, budak Cina tadi dapat buat shooting dari jauh cam aku gak. Lawan tokey nampak budak ni. Dari sehari ke sehari, kami berdua la yang selalu main setiap petang sampai la pada satu ketika.."abang, kami nak join boleh tak, bosan la slalu main bola je..". Satu reaksi positif daripada diorang ni. Ok, jumla join, boleh je. lagi ramai lagi bagussss..Aku bagi galakan lagi kat diorang ni. Setiap hari, ramai la yang join main 'rebut-rebut' ala main betul la. Tak dela lagi asyik wat shooting je. Kadang-kadang, sampai terlebih pulak orang yang nak main. Padahal syarat main half-court xleh lebih 8 orang (4 orang satu kumpulan). Lebih dari 8 kena main full court. Tapi kena wat pertimbangan jugak sebab sebelah court lagi ada budak lain main futsal. Nanti berlanggar timbul masalah lain pulak.
Sampai la hari ini, makin ramai yang join main basket. Aku dah mula mencipta permainan baru yang pada mulanya begitu asing bagi diorang, tapi akhirnya, sambutan terhadap permainan ini memang menggalakkan. Ada antara mereka yang ingin mendapatkan tips cara aku bermain. Yela, kalau ada pengadil, banyak la 'fouls' yang diorang ni buat. 'Beginners' la katakan. Kadang-kadang aku bgtau la ckit peraturan asas supaya diorang ni tak la main kasar sampai nak bergaduh. Apa taknye, asal pantang nampak bola, mula la nak tolak kawan, tampar bola dan tendang bola. Oit, ni bukan main bola pakai kaki la, pakai tangan semua.." ish..ish..
King of  the Basketballers goes to Mike Jordan..like2..
InsyaAllah, lepas ni aku akan terang lebih banyak peraturan yang tak sepatutnya budak-budak ni buat. Buat masa sekarang ni, biarlah dulu..enjoy-enjoy je dulu main..tapi yang penting, aku telah berjaya membawa pengaruh permainan basketball ni kepada budak-budak Melayu...Wassalam..

Thursday, December 2, 2010

Sulaman Kasih Pengikat Jiwa: Kau Yang Teristimewa ( Bahagian 2 )


Kuliah hari ini tamat seperti biasa. Aku bersama rakan-rakan yang lain bergegas ke tempat hentian bas di hadapan bulatan perdana. Kami kena cepat. Yela, 'first come, first serve' la katakan. Kalau dapat beratur awal, giliran untuk naik bas pun cepat, kalau lambat, terpaksa la tunggu 'turn' bas yang berikutnya. "Lenguhnya kaki...," bisik hatiku.
" Farid, apasal bas lambat sampai ha," aku bertanya.
" Erm, aku dengar hari ni pak cik bas tengah anta abang dan kakak KPLI untuk kursus Bina Insan Guru. Jadi lewat la ckit," jawabnya.
" Ni bukan sikit dah, lama sangat dok menunggu nih". Aku menjadi kurang sabar. Mungkin disebabkan hari ni aku mengalami sakit kepala, emosiku sedikit terganggu.
" Cepat la bas ni..," aku mengeluh.
Tiba-tiba aku mengalih pandanganku kepada satu wajah ayu yang sudah biasa dilihat olehku, Arissa. Arissa melangkah kecil dan terus berbaris bersama dua rakannya yang lain. Kelihatan dia begitu ceria bersembang dengan rakannya. Aku terus melihat gelagatnya dan ternyata sakit kepalaku kian reda. "Hebat sungguh aura Arissa ni," pujiku. Pada masa yang sama, aku amat berhati-hati apabila melihat Arissa takut-takut dia perasan. Yela, mungkin nanti dia berasa rimas dan kurang selesa. Maklumlah, orang semakin ramai menunggu. Mungkin ada mata-mata yang melihat perlakuanku ini. Tetapi, aku berasa selesa melihat wajah Arissa yang semakin manis apabila senyum. " Kalau la dia senyum kat aku, alamat mimpi indah la aku hari ni."
"Oi Reez, bas dah sampai, memgelamun lak dia ni. Ni teringat kat sape sampai aku panggil pun tak dengar," sapa Asyraf.
"Tak de ingat sape-sape la. Aku cuma letih je hari ni, sebab tu aku macam 'blur' ckit," aku cuba berdalih.
Aku, Farid dan Asyraf bernasib baik sebab dapat juga duduk di dalam bas. Yela, sebelum ni asyik berdiri je. Pak cik bas leh tahan gak bawa bas, laju betul. Naik pening kepalaku setiap kali berdiri. Tapi tak la sampai nak termuntah. Kami duduk di bahagian belakang sekali. Memang menjadi tempat 'favourite' kami sejak dulu kerana boleh tengok ragam orang lain di hadapan. Ada yang sedang tidur, bersembang, mengelamun, menelefon dan sebagainya. Terhibur juga la hati ni.
Sedang asyik aku melihat jam di engsetku, aku lantas mencari kelibat Arissa yang beratur agak ke belakang semasa berdiri tadi.
" Kenapa hari ini dia lambat beratur?"
" Mungkin saja dia berjumpa pensyarah kerana hal kerja kursus rasanya"
Aku tak setanding Arissa. Lihat saja kesempurnaan yang ada pada dirinya. Sudah lah cantik, pandai dan rajin pulak tu. Aku ni apa la yang ada. Badan besar, agak malas dan pendiam. Memang berbeza sungguh diriku jika dibanding dengannya. Tetapi kini, aku sudah jatuh cinta padanya. Cinta pandang pertamaku. Indahnya ku rasa. Sebelum aku sampai di sini, aku tidak pernah mengenali perasaan cinta kepada kaum hawa. Aku begitu merendah diri terhadap perempuan dan malu untuk bergaul dengan mereka. Tetapi kini aku telah cuba mengikis perasaan itu setelah menemui gadis suci bernama Arissa. Aku ingin berkenalan dengannya, tetapi sukar untukku meluahkan perasaan. Aku tidak begitu pasti penerimaannya terhadapku nanti. Aku tidak mahu dilabel dengan pepatah Melayu " Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong". Pasti berbisa kalau Arissa membalasnya seperti itu. Tapi tak mungkin terjadi, kerana hatiku mengakui bahawa Arissa merupakan seorang gadis lembut dan santun dengan budi bahasanya. InsyaAllah, aku akan menyatakan isi hatiku kepadanya nanti.
Kasihan aku melihat Arissa yang terpaksa menunggu 'trip' kedua kerana bas sudah penuh dengan orang yang bersesak-sesak sampai ke muka pintu. Sedang asyik aku memandangnya, tiba-tiba Arissa terus mengalih pandangannya kepadaku. Tersentak hatiku, apabila wajah yang sering terbayang olehku itu, melihatku sambil tersenyum. Aku terkesima dan dadaku terus berdegup kencang macam baru menghabiskan larian 100 meter. Nampaknya, Arissa telah tahu bahawa aku sering melihatnya. Aku menjadi malu kerana menganggap sebelum ini dia tidak perasaan perhatianku terhadapnya. Tapi aku juga berasa gembira kerana balasan senyumannya itu seperti mahu menerima kehadiran diriku kepadanya. "Sudah jauh anganku kali ni. Apa salahnya kalau angankan yang positif, tak gitu," aku kembali melawan.
"Reez, dah sampai taman ni,jum kuar. Kita gi minum-minum dulu nak tak?" pinta Farid.
" Ok, balasku pendek. Aku sebenarnya masih terbayangkan senyuman Arissa tadi yang masih belum hilang di kotak fikiranku.
" Orang tengah di lamun cinta Farid, jawab pun nak tak nak jela," celah Asyraf
" Eh, mane adela. Aku mane main cinta-cinta ni. Korang yela, masing-masing dah berpunya," balasku.
................................................................................................................................................................
Pada malam itu, aku baring bersendirian di atas katil. Malas lagi rasanya nak buat kerja kursus yang menimbun-nimbun. Tak pela, lama lagi nak anta. Asyrah dan Farid pun leh lagi main 'game' yang baru dibeli petang tadi. Mentang-mentangla elaun baru masuk, terus beli macam-macam. Nanti bila duit dah kering, baru nak berjimat. Masuk elaun terus pergi KFC, Pizza Hut, Mcdonald dan restoran mamak yang memang 'gila-gila' mahal harga die. Pastu bila dah kering, baru la teringat kat nasi bujang la, janda la, nasi lemak ekonomi la..macam-macam...aduhai..
Aku pun ada beli 'something' gak petang tadi. Bukan cd game, tapi cd lagu jiwang 90-an..hehe...Yela, orang dah dilamun cinta, menjadi satu kemestian dengan lagu jiwang ni. Boleh la aku layan lagu sorang-sorang di dalam bilik. Selesai solat isya', aku pun terus membuka komputer dan mengunci pintu. Aku tak mau nanti ada orang lain masuk bilikku secara tiba-tiba dan melihat keadaan ku begini..
Lagu pertama dimainkan.........Samudera, Salam Sejahtera...........

" Tiada secantik bahasamu, ku gubah lalu menjadi lagu,
  Tidak setanding paras, wajahmu itu menjadi rindu,
  Andainya bulan retak seribu,
  Bayangmumu ada di mana-mana,
  Jika kaca berderai, luka tersusuk seluruh jiwa.....
  Kita pun diibaratkan, kasih suci yang bahagia,
  Aku turut merasakan, mahligai yang jadi nyata,
  Bersamamu..........

  Pertama dan kaulah selamanya,
  Riwayat yang menghikayat cinta,
  Kasih jangan biarkan. kata yang nista
  Membakar kita...

  Sejauh mana pun terpisah,
  Kau dihatiku dan ku sama,
  Dalam tidur dalam terjaga,
  Ku ucapkan salam sejahtera..............Arissa....."  ( bersambung )