Selamat Datang Ke Blog Zul Fauzi

Sebarang komen serta pandangan amat dialu-alukan. Terima kasih

Saturday, January 8, 2011

Yang mana lebih berkualiti; filem Malaysia atau filem dari luar?

Assalamualaikum semua...Hari ini Darwis ingin berkongsi dengan para pembaca tentang perkembangan terkini industri perfileman kita jika dibandingkan dengan luar negara. Darwis bukanlah seorang pengkritik filem yang terkenal cuma ingin memberi pandangan yang mungkin betul bagi saya tapi tidak bagi anda. Ini cumalah pendapat saya sahaja tapi jika ada kesilapan yang mungkin menyinggung perasaan pembaca, harap maaf.

Acap kali Darwis tonton sedutan filem atau 'thriller' tentang lambakan cerita di panggung berkonsepkan paranormal atau lebih senang cerita hantu di Malaysia. Itulah modal 'kebanyakan' pengarah-pengarah di negara kita sekarang yang berlumba-lumba menerbitkan cerita-cerita seram mengalahkan cerita seram Siam dan Indonesia. Jika diimbas kembali, waktu saya masih bersekolah pada tahun 2003, kemunculan cerita seram dari negara luar terutama dari Korea dan Siam begitu ketara ditayangkan sama ada di panggung dan televisyen. Pada masa tu Darwis takut-takut gak nak tengok sebab memang seram sampai boleh teringat-ingat 2 atau 3 hari.

Cite hantu..
Itu semua dulu..Tapi sekarang, cerita-cerita seram dari luar sudah kurang ditayangkan kerana Malaysia sendiri telah berjaya mengangkat cerita seramnya sendiri sehinggalah sekarang. Saya masih lagi teringat filem-filem ini yang mewarnai industri perfileman negara bermula tahun 2000 sehinggalah sekarang. Antaranya ialah Puaka Tebing Biru, Pontianak Harum Sundal Malam, Jangan Pandang Belakang, Gong, Jangan Tegur dan macam-macam lagi. Tak dinafikan setiap perkataan bagi setiap tajuk filem tersebut mempunyai unsur mistik yang tersendiri mengikut tema yang telah ditetapkan. Mula-mula dulu, Darwis agak aktif mengikut perkembangan cerita-cerita seram ni, tapi sekarang tidak lagi kerana saya inginkan sesuatu cerita yang boleh memotivasikan diri melalui matlamat yang cuba disampaikan dalam cerita tersebut.
Cite antu ag...

Puaka = Jembalang = Lembaga

Saya amat kagum seorang pengarah tempatan yang sangat berani menampilkan filem-filem berunsur keMalaysian. Itulah dia Mamat Khalid. Tema-tema yang ingin disampaikan dalam filem beliau amat bertepatan dengan norma kehidupan di Malaysia. Lihat sahaja filem-filem seperti Puteri Gunung Ledang, Man Laksa dan Estet. Filem Estet umpamanya mampu menjulang nama Khalid di persada seni negara tetapi akibat keputusan yang agak kontroversi dalam FFM 23 baru-baru ini, filem ini tidak menerima sebarang anugerah berprestij tanah air itu. Hal ini menyebabkan sambutan terhadap filem ini kurang laris berbanding filem-filem lain. Erm, tak pela, harap-harap semua spekulasi ni cepat-cepatla selesai ye. Terdapat juga filem-filem beliau yang berbaur sindiran seperti Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Ternyata walaupun tajuk filem-filem seperti lagaknya seram, tapi sebenarnya penuh dengan komedi dan sindiran yang terasa sampai ke tulang hitam. Beliau sebenarnya ingin menyampaikan situasi sebenar masyarakat kita sekarang yang agak terkongkong dengan perkara-perkara tahayul dan misteri walaupun zaman sudah melangkau ke usia milenium. Aduhai...

Cite berunsurkan 1 Malaysia...
Cite Zombie paling lawak!!





















Walaubagaimanapun, Darwis bukanlah ingin memuji bak melangit pada Mamat Khalid. Cuma idea-idea yang ingin beliau sampaikan sememangnya mampu membawa perubahan minda kepada para penonton yang sudah bijak membuat keputusan. Anda pula bagaimana? Kita juga mempunyai barisan pengarah yang berwibawa seperti Allahyarham Yasmin Ahmad, Ahmad Idham, David Teo, Aziz M. Osman dan pengarah muda yang tumbuh bak cendawan seperti Syamsul Yusuf, Pierre Andre, Yusri KRU dan macam-macam lagi. Darwis layan gak cerita-cerita seperti Cicak Man dan Evolusi KL Drift. Maklumla, saya ni memang peminat cerita berunsurkan manusia luar biasa dan automotif. Jadi bila tengok manusia yang leh terbang-terbang dan kuasa melawan yang hebat dan menakjubkan memang layan abes..hehe... Camtu gak la bila cerita berunsurkan automatif yang menampilkan deretan kereta-kereta berkuasa tinggi. Memang marvellous!!

Tapi sebenarnya, Darwis ingin melihat lagi pengarah-pengarah di Malaysia menerbitkan filem-filem yang berunsur patriotisme seperti filem Sarjan Hassan, Bukit Kepong dan Leftenan Adnan. Cuma kali ini biarlah jalan ceritanya setaraf dengan filem hollywood seperti Saving Private Ryan atau Pearl Harbour. Darwis tidah pernah jemu melihat filem-filem ini terutamanya Saving Private Ryan kerana babak-babak askar Amerika yang diserang dengan askar Jerman Nazi begitu sengit sekali terutamanya semasa tentera amfibia Amerika mendarat di pantai Normandy. Aksi-aksi yang ditampilkan begitu 'real' dan menyayat hati seperti saya sendiri berada di situ. Tidak hairanlah watak utama yang di dukung oleh Tom Hanks ini telah diangkat sebagai pemenang anugerah grammy terbaik tahun itu. Tengok, cerita yang bukan seram pun boleh mencipta nama box-office dan mengaut untung beratus juta ringgit. Walaupun, bajet untuk menerbitkan filem-filem ini memang banyak dan mahal, tapi biarlah ia menimbulkan kesedaran kepada penonton dalam menghayati perit dan payahnya pejuang-pejuang negara pada zaman perang dan darurat dahulu. Filem-filem seperti Sarjan Hassan dan Bukit Kepong belum cukup untuk menilai perjuangan mereka ini. Pastinya ia juga mampu memotivasikan kita yang menontonnya supaya lebih berusaha memajukan diri bagi menyumbang sesuatu kepada negara. Sebenarnya semangat yang kita perlukan. Sejarah memperlihatkan kita bagaimana negara Jepun yang hampir musnah akibat pengeboman bom atom telah bangkit dengan mendadak menguasai ekonomi dunia pada masa kini sehingga negara kita tidak mampu bersaing sebagai negara membangun.

10 Stars tuk cite ni..
Cite ni pun besh..


Jadi di sini jelaslah mana yang patut kita ikut dan yang mana tidak. Bagi penggemar filem seram, Darwis tidak menyalahkan anda semua. Kesedaran yang ingin disampaikan dalam setiap filem tersebut masih ada seperti kembali mendekati Allah s.w.t, jangan meminta pertolongan benda-benda berunsur khurafat dan sebagainya. Tapi sebenarnya ingatlah bermacam-macam cabang cerita boleh disampaikan. Janganlah tahu mengaut untung untuk mengandakan  genre filem tersebut sehingga tidak mencuba kelainan yang mungkin lebih membuka minda para penonton. InsyaAllah, satu hari nanti nak tengok pengarah kita terbit filem cam Avatar..besh sangat cite tu..hehe..Wassalam...

No comments:

Post a Comment